[KUANTAN] KEDATANGAN PELANCONG KE PAHANG MENINGKAT

[KUANTAN] KEDATANGAN PELANCONG KE PAHANG MENINGKAT - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] KEDATANGAN PELANCONG KE PAHANG MENINGKAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] KEDATANGAN PELANCONG KE PAHANG MENINGKAT
link : [KUANTAN] KEDATANGAN PELANCONG KE PAHANG MENINGKAT

Baca juga


[KUANTAN] KEDATANGAN PELANCONG KE PAHANG MENINGKAT


Aplikasi khusus sempena Tahun Melawat Pahang


Jumlah kehadiran pelancong di enam lokasi utama tarikan pelancong di Pahang dilaporkan meningkat dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata peningkatan tersebut berikutan kempen berterusan dan agresif untuk menarik kehadiran pelancong bersempena Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017.

"Di Genting Highlands sendiri jumlah kehadiran pelancong yang direkodkan meningkat empat peratus iaitu daripada 1.79 juta pelancong dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini sahaja berbanding 1.71 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, " katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini bagi menjawab soalan Datuk Fong Koong Fuee (BN-Cheka) mengenai sambutan pelancong terhadap program TMP 2017.

Katanya dalam tempoh sama, lima lagi lokasi iaitu Kuantan mencatatkan kehadiran pelancong seramai 337,420 pada tahun ini berbanding 305,774 pada tahun lepas, Cherating (37,443 pelancong tahun ini berbanding 35,187 pelancong tahun lepas) dan Pulau Tioman (14,926 pelancong tahun ini berbanding 13,725 pelancong tahun lepas).

Bukit Fraser pula merekodkan kehadiran pelancong seramai 26,449 orang tahun ini berbanding 19,188 pada tahun lepas dan Taman Negara pula 13,193 pelancong berbanding 11,234 pelancong pada tahun lepas.

Bersempena TMP 2017 ini juga Mohd Sharkar berkata kerajaan negeri turut agresif mempromosikan lokasi yang sebelum ini sememangnya dikenali pelancong seperti Cherating dengan memberi wajah baharu termasuk menambah baik kemudahan sedia ada.

"Cherating sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancong sejak akhir 1970-an hingga 1980-an kerana keunikan produk yang tersendiri. Sekarang Cherating telah memasuki era baharu apabila taraf hidup rakyat menjadi lebih baik dan selesa dengan beberapa motel dan hotel baharu didirikan," katanya menjawab soalan tambahan Andansura Rabu (Pas-Beserah) .

Kerajaan negeri, katanya, sentiasa terbuka menerima pandangan dan cadangan untuk menambah baik kawasan pelancongan sebagai usaha untuk menjadikannya kawasan peranginan yang setanding dengan Gold Coast di Australia pada suatu hari nanti.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] KEDATANGAN PELANCONG KE PAHANG MENINGKAT

Sekianlah artikel [KUANTAN] KEDATANGAN PELANCONG KE PAHANG MENINGKAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] KEDATANGAN PELANCONG KE PAHANG MENINGKAT dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/kuantan-kedatangan-pelancong-ke-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :