Judul : [KUANTAN] KANAK-KANAK PERLU DIBERI KESEDARAN JENAYAH SEKSUAL
link : [KUANTAN] KANAK-KANAK PERLU DIBERI KESEDARAN JENAYAH SEKSUAL
[KUANTAN] KANAK-KANAK PERLU DIBERI KESEDARAN JENAYAH SEKSUAL
Kanak-kanak perlu diberi kesedaran tentang perilaku jenayah seksual sejak dari kecil lagi agar mereka tidak menjadi mangsa, kata Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob.
Adnan berkata, mereka juga perlu diberikan pendidikan agama yang mencukupi selain diterapkan dengan nilai-nilai moral agar mereka tahu bahawa perbuatan itu bukan sahaja salah dari segi agama tetapi juga merupakan satu perbuatan jenayah.
"Apa yang paling penting masyarakat juga perlu peka dan maklum segera kepada pihak berkuasa jika menyedari berlakunya jenayah seksual di kalangan anggota keluarga mahupun di persekitaran mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hentikan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak peringkat negeri Pahang di sini, hari ini.
Seminar berkenaan dianjurkan Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Pahang (Teratai), susulan daripada penganjuran peringkat kebangsaan yang disempurnakan oleh Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bulan lepas.
Adnan berkata, mengikut perangkaan kebangsaan yang diperolehnya, sejak 2010 hingga 2016 sebanyak 6,813 kes penganiayaan dan penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan.
Paling mengejutkan 89 peratus daripada kes jenayah kanak-kanak itu, dilakukan oleh mereka yang dikenali mangsa seperti anggota dan kenalan keluarga, kawan, jiran, orang dewasa di sekolah dan asrama.
Berikutan itu Adnan berharap seminar yang diadakan itu dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jenayah berkenaan.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] KANAK-KANAK PERLU DIBERI KESEDARAN JENAYAH SEKSUAL
Sekianlah artikel [KUANTAN] KANAK-KANAK PERLU DIBERI KESEDARAN JENAYAH SEKSUAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] KANAK-KANAK PERLU DIBERI KESEDARAN JENAYAH SEKSUAL dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/kuantan-kanak-kanak-perlu-diberi.html