[KUANTAN] BUNTU SELEPAS PEMERGIAN SUAMI

[KUANTAN] BUNTU SELEPAS PEMERGIAN SUAMI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] BUNTU SELEPAS PEMERGIAN SUAMI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] BUNTU SELEPAS PEMERGIAN SUAMI
link : [KUANTAN] BUNTU SELEPAS PEMERGIAN SUAMI

Baca juga


[KUANTAN] BUNTU SELEPAS PEMERGIAN SUAMI


Buntu selepas pemergian suami


“Saya masih buntu dan tak boleh nak fikir perancangan untuk keluarga apatah lagi Ramadan menjelang tiba," demikian rintihan ibu tunggal, Masfozah Masbah, 42, yang baru sahaja kehilangan suami, Shahiran Ismail, 47, tercinta 10 hari lalu akibat kanser tulang dan komplikasi kencing manis.

Katanya, tanggungjawabnya sekarang semakin mencabar untuk ditempuhi bersama sembilan anak hasil perkahwinannya dengan Allahyarham suaminya itu.

“Semenjak pemergian suami, saya masih lagi tak ada kerja tetap dan sedang cari pendapatan tambahan nak sara anak berumur dua sampai 20 tahun.

“Enam anak masih bersekolah dan saya tak benarkan mereka berhenti. Selagi mampu saya akan sediakan keperluan dan fokuskan pada pelajaran sampai mereka ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Perumahan Berjaya Permai, Sungai Soi, di sini, semalam.

Masfozah berkata, kini dia dibantu dua anaknya yang sudah tamat belajar mencari pendapatan untuk menampung keluarga.

“Sepanjang suami sakit dulu, rakan-rakan dan bekas majikan selalu datang bagi bantuan. Sekarang dia dah tak ada, jadi kami kena buat sesuatu.

“Sebelum ini, pernah juga kami terputus bekalan makanan bila keadaan arwah makin kronik. Masa tu saya hanya mampu masak nasi goreng sepanjang hari untuk anak-anak,” katanya.

Menurut Masfozah, dalam waktu terdekat ini dia bercadang untuk berniaga secara kecil-kecilan.

“Apa yang boleh dilakukan sekarang adalah meniaga kuih-muih untuk sara anak-anak, walaupun kecil tapi tetap memerlukan modal.

“Saya tak mahu hanya bergantung kepada bantuan semata-mata. Saya akan usaha," katanya.

Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank milik Masfozah 101011962414 atau hubungi di talian 019-9899696.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] BUNTU SELEPAS PEMERGIAN SUAMI

Sekianlah artikel [KUANTAN] BUNTU SELEPAS PEMERGIAN SUAMI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] BUNTU SELEPAS PEMERGIAN SUAMI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/kuantan-buntu-selepas-pemergian-suami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :