[KUANTAN] BINTIK MERAH BERTUKAR KUDIS

[KUANTAN] BINTIK MERAH BERTUKAR KUDIS - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] BINTIK MERAH BERTUKAR KUDIS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] BINTIK MERAH BERTUKAR KUDIS
link : [KUANTAN] BINTIK MERAH BERTUKAR KUDIS

Baca juga


[KUANTAN] BINTIK MERAH BERTUKAR KUDIS


Bintik merah bertukar kudis


Seorang ibu anak enam mengalami kesukaran apabila bintik-bintik merah seperti gigitan nyamuk di kakinya kini merebak menjadi kudis sebesar tapak tangan, sejak setahun lalu.

Rohaiza Abd Kadir, 40, dari Kampung Sungai Soi berkata, dia terpaksa berulang-alik ke hospital dan klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan namun masih tidak mengetahui jenis penyakit dideritainya itu.

Menurutnya, sejak terdapat kudis di betis kaki kanannya itu, dia sukar berjalan hingga terpaksa dibantu anak dan kakak-kakaknya untuk menguruskan hal anak-anak, rumah tangga dan makan serta minumnya.

“Saya mula sakit kaki sejak setahun lalu dan keadaan semakin teruk sejak kebelakangan ini. Kadang-kadang kaki saya langsung tak boleh bergerak dan hanya mampu terlantar sahaja.

“Sebelum ini kedua belah kaki hanya ada bintik-bintik merah seperti gigitan nyamuk, tapi semakin hari bertambah teruk, jadi seperti kudis dan bercantum hingga makin membesar.

“Saya ada ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Klinik Kesihatan Bukit Sekilau dan Klinik 1Malaysia tetapi pihak hospital juga tak dapat kenal pasti keadaan kudis ini dan masih buat pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun saya sudah buat pemeriksaan darah tiga kali, tetapi ternyata bebas daripada penyakit kencing manis,” kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Rohaiza berkata, kudis dialaminya itu semakin membimbangkannya kerana kini dia langsung tidak dapat keluar bekerja sebagai pembancuh air di sebuah gerai makan berhampiran rumahnya.

“Jika dulu saya gigihkan diri juga keluar bekerja walaupun sakit, untuk tanggung enam anak berusia setahun hingga 16 tahun yang mana empat bersekolah.

“Bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah RM40 sehari kadangkala tidak mencukupi. Saya pula gaji hari, ada hari pergi dapatlah gaji, ada hari tak ada gaji sebab pergi bila keadaan sihat sahaja.

“Rumah yang kami duduk ini Rumah Mesra Rakyat dan perlu bayar RM150 sebulan tetapi sudah setahun jugalah tak mampu dibayar, tambahan pula sekarang saya hanya bergantung sepenuhnya dengan duit bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sahaja,” katanya.

Menurutnya, selain menyara anak-anak, dia juga perlu menanggung kos rawatannya termasuk membeli peralatan dan ubat serta membayar tambang yang tinggi untuk ke hospital dan klinik.

Katanya, dia berharap segera sembuh bagi membolehkannya menguruskan keluarga terutama anak-anak dengan baik tetapi kekangan kewangan membataskannya kerana harga peralatan dan ubat digunakannya sangat mahal.

“Jika saya ke Klinik 1Malaysia ada juga mereka bantu secara percuma tetapi hanyalah cucian biasa. Saya perlu ke klinik kesihatan tetapi terpaksa bawa peralatan dan ubat cucian dibeli sendiri. Doktor pakar sarankan guna kain balutan mahal berharga RM80 dan ubat cuci RM37 untuk penyembuhan lebih cepat,” katanya.

Wanita itu berkata, sehingga kini dia masih tidak mampu membeli keperluan itu sedangkan keadaannya semakin buruk hingga mengalami lenguh dan sengal dikakinya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] BINTIK MERAH BERTUKAR KUDIS

Sekianlah artikel [KUANTAN] BINTIK MERAH BERTUKAR KUDIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] BINTIK MERAH BERTUKAR KUDIS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/kuantan-bintik-merah-bertukar-kudis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :