[KERJA ORG PAS] Dulu UMNO Kafir, Kini dipelukCium, Dulu PKR Saudara Kini KAFIR

[KERJA ORG PAS] Dulu UMNO Kafir, Kini dipelukCium, Dulu PKR Saudara Kini KAFIR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KERJA ORG PAS] Dulu UMNO Kafir, Kini dipelukCium, Dulu PKR Saudara Kini KAFIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KERJA ORG PAS] Dulu UMNO Kafir, Kini dipelukCium, Dulu PKR Saudara Kini KAFIR
link : [KERJA ORG PAS] Dulu UMNO Kafir, Kini dipelukCium, Dulu PKR Saudara Kini KAFIR

Baca juga


[KERJA ORG PAS] Dulu UMNO Kafir, Kini dipelukCium, Dulu PKR Saudara Kini KAFIR



SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau sedikit pun tidak terkesan dengan serangan dan tuduhan mengkafirkan dirinya yang menghujani laman Facebook dan Twitter miliknya sejak tiga hari lepas selepas mendakwa terdapat saluran wang 1MDB ke akaun pemimpin Pas.

Rafizi berkata, beliau tidak hairan kerana tahu bilangan mereka yang bersetuju dengan dakwaannya adalah jauh  lebih tinggi berbanding yang memaki hamun berulang kali ‘secara berjemaah’ di ruang komen.

Ujarnya, pimpinan Pas sepatutnya sedar mereka sudah terperangkap sekali lagi dengan muslihat Najib.

“Apabila pengundi atas pagar melihat sendiri ghairahnya penyokong akar umbi Pas mengkafirkan saya dan mengulangi fitnah yang dimulakan oleh Umno, pengundi atas pagar akan melihat Umno dan Pas kini sudah tidak banyak berbeza (mereka sudah senada),” katanya melalui satu posting di laman blognya, semalam.

Rafizi berkata, perkara itu memang kehendak Najib supaya Pas terkalih dan tidak memberi tumpuan kepada isu yang lebih besar mudaratnya kepada rakyat iaitu skandal 1MDB dan kesan kewangannya kepada rakyat, dengan menjadi parti satu isu iaitu RUU 355 semata-mata.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, hasil semakan yang dibuatnya ke atas  semua ucapan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen sejak sidang dibuka selepas PRU13 menunjukkan Hadi hanya pernah menyebut perkataan 1MDB sekali sahaja.

Beliau turut menyertakan lampiran analisa ucapan Hadi di Parlimen sejak Jun 2013 sehingga kini untuk menunjukkan bagaimana beliau seolah-olah mengelak daripada memberi komen kepada isu 1MDB.

“Setelah hampir empat tahun bersidang dan Parlimen ini kian sampai ke penghujungnya, Hadi hanya pernah menyebut 1MDB sekali sahaja sedangkan punca utama masalah negara sejak tahun 2011 lagi adalah 1MDB.

“Akibat sikap Hadi yang tidak mahu menyentuh isu 1MDB, Umno nampak yakin menang dalam PRU14 sedangkan ia berada pada tahap paling tidak popular sejak 1946,” katanya.
Rafizi turut berjanji akan mendedahkan nama tokoh yang menerima dana 1MDB dari akaun perdana menteri yang disiasat oleh SPRM dalam masa terdekat.

Sementara itu, Rafizi menyelar serangan media propaganda dan blogger Umno seperti Raja Petra yang mendakwa beliau menerima RM20 juta dari seorang tokoh Cina bernama John Soh.

“Jika saya menerima dana itu, saya telah lama ditangkap oleh polis dan SPRM kerana ada bukti saya menerima rasuah.

Sebaliknya, harta saya diisytiharkan secara telus setiap tahun yang menunjukkan simpanan saya semakin sedikit, tidak pernah mencecah RM20 juta seperti yang difitnahkan oleh Raja Petra,” tegasnya.

Tambah Rafizi, beliau akan membuat akuan berkanun minggu ini menafikan pernah menerima apa-apa wang dari sesiapa seperti yang dituduh oleh Raja Petra.

“Jika penafian melalui akuan berkanun itu tidak benar, pihak berkuasa boleh menahan saya serta-merta dan didakwa kerana melanggar Akta Akuan Berkanun,”katanya.


Demikianlah Artikel [KERJA ORG PAS] Dulu UMNO Kafir, Kini dipelukCium, Dulu PKR Saudara Kini KAFIR

Sekianlah artikel [KERJA ORG PAS] Dulu UMNO Kafir, Kini dipelukCium, Dulu PKR Saudara Kini KAFIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KERJA ORG PAS] Dulu UMNO Kafir, Kini dipelukCium, Dulu PKR Saudara Kini KAFIR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/kerja-org-pas-dulu-umno-kafir-kini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :