KEPUTUSAN YANG TELAH DIJANGKAKAN

KEPUTUSAN YANG TELAH DIJANGKAKAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KEPUTUSAN YANG TELAH DIJANGKAKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KEPUTUSAN YANG TELAH DIJANGKAKAN
link : KEPUTUSAN YANG TELAH DIJANGKAKAN

Baca juga


KEPUTUSAN YANG TELAH DIJANGKAKAN


MENANGIS MURAI DI KOTA BARAT DAN UTARA 
 
 
Pak Karamu
 
 
 
Tarik diri bertanding Naib Presiden, AJK Kerja
Datuk Takiyuddin Hassan
Takiyuddin.
 
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden menjelang pemilihan parti itu, hujung bulan ini.

Takiyuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat kerana yakin dengan keserasian kepimpinan sedia ada.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih serta penghargaan di atas pencalonan saya oleh Pas kawasan-kawasan di seluruh negara bagi jawatan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk sesi 2017/2019.

“Memandangkan saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan tertinggi Pas Pusat sedia ada serta melihat keserasian dalam kepimpinan kini melibatkan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden, maka saya membuat keputusan menarik diri dari bertanding untuk jawatan Naib Presiden Pas.

“Saya yakin komposisi sedia ada ini akan mampu membawa Pas menuju masa depan yang lebih cemerlang, khusus untuk menghadapi PRU14 nanti,” katanya.

Ketiga-tiga penyandang Naib Presiden Pas iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abd Samad turut dicalonkan semula bagi jawatan itu.

Selain mereka, turut dicalonkan ialah Takiyuddin dan Ketua Penerangan Pas ketika ini, Nasruddin Hassan.

Dalam pada itu, Takiyuddin turut mengisytiharkan menarik diri daripada bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

“Ia bagi memberi peluang kepada calon-calon lain menawarkan diri untuk memberi khidmat terbaik mereka kepada parti.

“Saya bersedia menerima sebarang jawatan lantikan yang difikirkan sesuai oleh Presiden parti dan Insya-ALLAH akan memberikan sumbangan terbaik sekiranya diberikan amanah tersebut nanti,” katanya.

Ketika ditanya Sinar Harian mengenai keputusannya walaupun ramai meramalkan beliau akan menang, Takiyuddin berkata, kemenangan Pas dalam PRU14 adalah lebih penting.

Dewan-Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat akan mengadakan muktamar di peringkat masing-masing mulai 27 April di Alor Setar, Kedah.  

Sementara, Muktamar Pas Pusat ke-63 berlangsung pada 29hb April hingga 1 Mei di mana perwakilan akan memilih barisan kepimpinan baru untuk menghadapi PRU14.

Semua calon yang tersenarai dikehendaki menyatakan penerimaan pencalonan sebelum esok.


Demikianlah Artikel KEPUTUSAN YANG TELAH DIJANGKAKAN

Sekianlah artikel KEPUTUSAN YANG TELAH DIJANGKAKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KEPUTUSAN YANG TELAH DIJANGKAKAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/keputusan-yang-telah-dijangkakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :