Judul : KELUAR KENYATAAN JELIK: SEORANG LAGI DITAHAN POLIS
link : KELUAR KENYATAAN JELIK: SEORANG LAGI DITAHAN POLIS
KELUAR KENYATAAN JELIK: SEORANG LAGI DITAHAN POLIS
Johor Bahru – Polis Johor menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Institusi Diraja Johor, hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor kira-kira jam 11.14 pagi tadi.
“Pada 1 Mac lalu, polis menerima laporan mengenai kenyataan jelik yang dimuatnaik terhadap Sultan Johor menerusi laman sosial Facebook.
“Hasil siasatan lanjut, seorang lelaki berusia 44 tahun yang dipercayai bertanggungjawab memuatnaik kenyataan itu ditahan di IPK Johor hari ini,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sebelum itu, seorang lelaki berusia 26 tahun dan seorang wanita 40 tahun turut ditahan, semalam bagi membantu siasatan berhubung kes mengeluarkan kenyataan jelik dan membuka akaun Facebook palsu sebagai keraja Diraja Johor.
Demikianlah Artikel KELUAR KENYATAAN JELIK: SEORANG LAGI DITAHAN POLIS
Sekianlah artikel KELUAR KENYATAAN JELIK: SEORANG LAGI DITAHAN POLIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KELUAR KENYATAAN JELIK: SEORANG LAGI DITAHAN POLIS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/keluar-kenyataan-jelik-seorang-lagi_17.html