Judul : ‘Kalau benar demi hubungan Timur Tengah, mengapa bukan Zahid’
link : ‘Kalau benar demi hubungan Timur Tengah, mengapa bukan Zahid’
‘Kalau benar demi hubungan Timur Tengah, mengapa bukan Zahid’
Jika jawatan menteri tugas-tugas khas bertujuan mengekalkan hubungan dengan Timur Tengah, bukankah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi calon terbaik untuk jawatan itu?
Itu soalan dikemukakan penganalisis politik, Dr Awang Azman Awang Pawi.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dilaporkan berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri tugas-tugas khas kerana mempunyai seorang menteri kanan untuk menjaga hubungan Malaysia dengan Timur Tengah “amat penting”.
“Zahid belajar di sebuah sekolah agama dan beliau boleh berbahasa Arab. Jadi, bukankah beliau orang yang sepatutnya menguruskan hubungan kita dengan Timur Tengah?” kata Awang Azman kepada FMT.
“Seorang lagi calon sesuai untuk jawatan itu ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang merupakan menteri menjaga hal ehwal Islam. Dan beiau sudah berurusan dengan Timur Tengah mengenai isu penambahan kuota haji.
“Adakah beliau tidak melakukan apa yang diarahkan kepadanya?”
Awang Azman dari Universiti Malaya kemudiannya menunjuk contoh bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang dilantik sebagai wakil khas negara ke India dan Asia Selatan untuk infrastruktur bagi meningkatkan lagi pelaburan strategik Malaysia-India dalam hal infrastruktur pada 2010.
“Beliau mempunyai latar belakang sesuai dan diperlukan untuk mewajarkan pelantikan itu.
“Tetapi (dalam kes Hishammuddin), pelantikan beliau kelihatan sedikit…janggal, jika mengekalkan hubungan dengan Timur Tengah adalah sebabnya,” kata Awang Azman.
Pakar undang-undang, Abdul Aziz Bari menolak rasional Nazri secara terang-terangan dengan menyifatkannya “tidak masuk akal”.
“Hishammuddin bukan penutur bahasa Arab. Beliau lebih kepada seorang pemuja bahasa Inggeris. Jadi, untuk mengatakan pelantikan beliau bagi meningkatkan hubungan dengan Timur Tengah ialah jenaka.”
Sejak Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman itu petang semalam, penganalisis politik membuat spekulasi mengenai pelantikan Hishammuddin dan mencadangkan beliau, bukannya Zahid akan mengambil alih jawatan perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Awang Azman percaya ia adalah benar dan berkata, pelantikan itu mungkin ialah langkah strategik bagi pihak Najib.
“Air yang dicincang tidak akan putus,” katanya merujuk hubungan antara Najib dan Hishammuddin yang merupakan sepupu.
Selain Hishammuddin, pemimpin lain yang pernah memegang portfolio menteri tugas-tugas khas termasuk Tun Ghazali Shafie (1970), Tun Daim Zainuddin (1998) dan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi (2004). - FMT
Demikianlah Artikel ‘Kalau benar demi hubungan Timur Tengah, mengapa bukan Zahid’
Sekianlah artikel ‘Kalau benar demi hubungan Timur Tengah, mengapa bukan Zahid’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Kalau benar demi hubungan Timur Tengah, mengapa bukan Zahid’ dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/kalau-benar-demi-hubungan-timur-tengah.html