[JERANTUT] ATAP DITERBANGKAN ANGIN KENCANG

[JERANTUT] ATAP DITERBANGKAN ANGIN KENCANG - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [JERANTUT] ATAP DITERBANGKAN ANGIN KENCANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [JERANTUT] ATAP DITERBANGKAN ANGIN KENCANG
link : [JERANTUT] ATAP DITERBANGKAN ANGIN KENCANG

Baca juga


[JERANTUT] ATAP DITERBANGKAN ANGIN KENCANG

Atap diterbangkan angin kencang



Seorang peniaga terpaksa berputih mata apabila warungnya musnah akibat dilanda ribut, petang kelmarin.

Zulkifli Yaakob, 56, berkata, dalam kejadian pada kira-kira jam 4 petang itu, premis niaga tanpa dinding miliknya yang terletak di simpang masuk ke Taman Teratai, di sini tumbang ditiup angin kencang.

“Masa kejadian, saya sedang berniaga di sebuah lagi kedai dan tak boleh terus tinggalkan kedai selepas kawan beritahu warung saya roboh.

“Lepas saya sampai, saya bersyukur sebab barang-barang berniaga tak rosak walaupun warung teruk dihempap pokok,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini.

Dalam pada itu, seorang penduduk Kampung Batu Embun, di sini, bersama tiga ahli keluarganya bersyukur kerana terselamat daripada dihempap pokok tumbang.

Siti Khadijah Manan, 54, berkata, ketika kejadian, dia berasa tidak sedap hati.

“Saya dah masuk dalam rumah masa itu. Memang rasa hati tak sedap. Saya pun tinjaulah sekeliling dalam rumah sebab risau kalau ada atap yang bocor.

“Bila ke bahagian dapur, tiba-tiba angin kuat datang. Habis atap bahagian dapur tercabut. Bahagian dapur semua basah. Dapur memasak sekali dengan lauk yang ada atasnya pun kena hujan,” katanya. 

Menurutnya, pada masa sama dia juga mendengar bunyi pokok kundang berusia lebih 20 tahun di belakang rumahnya tumbang, sebelum membuat laporan polis.

“Bila saya keluar saya tengok pokok tumbang hala ke rumah jiran dan terkena sedikit di bahagian tepi rumah itu.

“Selepas hujan reda barulah anak betulkan atap yang dah tercabut dan lebih kurang sejam selepas itu, anak dan menantu jiran ke balai polis untuk buat laporan,” katanya.

Siti Khadijah berkata, ribut yang melanda itu adalah kejadian kedua dialaminya sejak lebih 20 tahun menetap di kampung terbabit, sekali gus menyebabkannya mengambil langkah berjaga-jaga.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan terlibat mendapati, selain warung Zulkifli dan rumah Siti Khadijah, beberapa rumah di kawasan perumahan di daerah ini, turut terjejas termasuk Taman Teratai, Taman Sri Jaya, Taman Seri Embun, Perumahan PAKR 410, Perumahan Kos Rendah 34, Taman Koperasi dan Perumahan Sungai Jan.

Tiga rumah di Taman Seri Embun termasuk rumah milik Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 11 Jerantut, Wan Albahizam Wan Basri antara terjejas teruk.

Wan Albahizam berkata, beliau terkejut melihat angin yang kuat, sehingga beberapa keping atap di bahagian ruang tamu rumahnya diterbangkan angin.

“Sebaik saja atap tercabut, saya kelam kabut cuba selamatkan barang-barang dalam rumah saya daripada terkena hujan. Habis basah ruang tamu rumah saya dimasuki air,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris turut turun padang meninjau kawasan terjejas dan mengunjungi beberapa gerai makanan di Sungai Jan dan Kampung Melayu yang turut terjejas selain kawasan perumahan.

Beliau berkata, bantuan akan disalurkan kepada mangsa dalam tempoh terdekat bagi meringankan beban mereka. 

“Hasil tinjauan dilakukan, kita dapati hanya beberapa rumah terjejas teruk dan selebihnya hanya mengalami kerosakan kecil.

“Sedikit bantuan akan diberikan mengikut kadar kerosakan yang dialami,” katanya.






Demikianlah Artikel [JERANTUT] ATAP DITERBANGKAN ANGIN KENCANG

Sekianlah artikel [JERANTUT] ATAP DITERBANGKAN ANGIN KENCANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [JERANTUT] ATAP DITERBANGKAN ANGIN KENCANG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/jerantut-atap-diterbangkan-angin-kencang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :