[JENGKA] JKM LAWAT LELAKI LUMPUH

[JENGKA] JKM LAWAT LELAKI LUMPUH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [JENGKA] JKM LAWAT LELAKI LUMPUH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [JENGKA] JKM LAWAT LELAKI LUMPUH
link : [JENGKA] JKM LAWAT LELAKI LUMPUH

Baca juga


[JENGKA] JKM LAWAT LELAKI LUMPUH


sumbangan


Nasib malang keluarga mangsa kemalangan yang mengalami lumpuh dan tempurung kepala rosak mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Maran apabila jabatan itu berkunjung ke rumah keluarga tersebut, semalam.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Maran, Rosnani Sulaiman berkata, beliau dan kakitangan JKM mengadakan kunjungan mesra ke rumah Muhamad Faizal Mohd Dorani, 39, dan isteri Mazitah Mohd Mustaffa, 37, di Felda Jengka 9 bagi menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan sperti biskut, tuala, kain batik dan pelekat.

Menurutnya, Muhamad Faizal adalah penerima bantuan JKM berjumlah RM200 sebulan. Beliau merupakan pesakit lumpuh selepas menghadapi tiga kali kemalangan jalan raya iaitu pada 2010, 2013 dan 2014 menyebabkannya terlantar dan tidak mampu bekerja serta alami kecacatan fizikal di bahagian tempurung kepala.

"Hasil dari lawatan tadi pihak jabatan akan mempertimbangankan bantuan Kanak-Kanak sebanyak RM300 sebulan mengantikan bantuan sedia ada memandangkan ketiga-tiga anak mereka bersekolah.

"Sebelum ini, Muhamad Faizal adalah penerima bantuan JKM bernilai RM200 sebulan. Hasil dari temubual juga mendapati penama (Muhamad Faizal) menerima bantuan zakat sebanyak RM800 setahun," katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Penghulu Mukim Chenor, Khairul Amin Osman.

Muhamad Faizal yang merupakan pekerja ladang adalah anak ke tiga dari enam beradik pasangan Mohd Dorani Pamor, 69 dan Siti Chuariah @ Marina Md Hussin, 65.

Beliau merupakan bapa kepada salah seorang pelajar, Muhamad Daniel Iman Muhamad Faizal, 17, yang maut dalam kemalangan di Jalan Temerloh Bandar Jengka, berdekatan Felda Jengka 11, minggu lalu.

Terdahulu akhbar melaporkan dua pelajar sekolah menengah maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di di sini, jam 6.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hassan Berkata, kejadian berlaku apabila pacuan jenis Hilux dipandu peniaga, Ahmad Affrizal Muhamad, 29, cuba mengelak bangkai seekor lembu di atas jalan raya lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal dinaiki dua pelajar, iaitu Muhamad Daniel Iman dan rakannya, Zarfan Najwan Zainal Abidin, 17.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu hilux alami sakit dada dan tidak cedera.




Demikianlah Artikel [JENGKA] JKM LAWAT LELAKI LUMPUH

Sekianlah artikel [JENGKA] JKM LAWAT LELAKI LUMPUH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [JENGKA] JKM LAWAT LELAKI LUMPUH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/jengka-jkm-lawat-lelaki-lumpuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :