Ini alat untuk hentikan jiran yang bising

Ini alat untuk hentikan jiran yang bising - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini alat untuk hentikan jiran yang bising, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini alat untuk hentikan jiran yang bising
link : Ini alat untuk hentikan jiran yang bising

Baca juga


Ini alat untuk hentikan jiran yang bising

Sinar Harian
China ada alat hentikan jiran yang bising
BEIJING - CHINA. Alat getaran bagi menghentikan jiran di tingkat atas yang bising menjadi popular di kalangan penduduk flat di China, lapor Beijing Morning Post.

Seorang penduduk Beijing yang hanya dikenali dengan nama keluarga Zhang mengadu bunyi bising yang datang dari jiran tingkat atas kediamannya sehingga ibu bapanya sering terjaga dari tidur.

Dia meminta bantuan pihak polis untuk menegur keluarga terbabit dan meminta mereka untuk berhenti berbuat bising, namun mereka tidak mengendahkannya.
Berang dengan sikap jirannya itu, Zhang memasang satu alatan getaran pada siling rumahnya, di mana ia akan bergetar jika bunyi bising kanak-kanak berlari, petik laporan itu.

"Keluarga di atas turun untuk bercakap dengan saya berkaitan hal ini dan mereka hanya diam sekejap dan konflik antara kedua keluarga semakin teruk," katanya.
Taoboa.com yang dimilik Alibaba menawarkan alatan getaran yang menghasilkan pelbagai bunyi dan ada di antaranya dijual dengan harga ratusan yuan.

Satu kit dijual dengan harga 138 yuan (RM88) merangkumi motor, alat kawalan berwifi, kabel dan rod boleh laras.
"Masih marah dengan tingkat atas? Masih berdepan masalah walaupun polis tidak dapat selesaikannya, ini mungkin alat yang akan membantu," petik salah satu iklan alatan tersebut.

Sementara itu, seorang peruncit berkata, permintaan terhadap alatan itu sangat memberangsangkan dan mempunyai masalah membekalkan kepada pelanggan.
Dia turut menawarkan perkhidmatan menyewa alatan itu dan dikenakan bayaran mengikut masa sewaan.
"Sebaik sahaja anda dan jiran anda berdamai, anda boleh mengembalikan semula alatan itu. Kami kenakan bayaran mengikut hari," kata peruncit dipetik sebagai berkata.

Seorang pensyarah dari fakulti Kejuruteraan Awam dan Senibina, Universiti Beijing memberitahu, penggunaan jangka panjang alatan berkenaan boleh menyebabkan keretakan pada dinding dan kerosakan lain. - South China Morning Post


Demikianlah Artikel Ini alat untuk hentikan jiran yang bising

Sekianlah artikel Ini alat untuk hentikan jiran yang bising kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini alat untuk hentikan jiran yang bising dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/ini-alat-untuk-hentikan-jiran-yang.html

Subscribe to receive free email updates: