GUAN ENG, TOLONG BELAJAR SIKIT MAKROEKONOMI ASAS

GUAN ENG, TOLONG BELAJAR SIKIT MAKROEKONOMI ASAS - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GUAN ENG, TOLONG BELAJAR SIKIT MAKROEKONOMI ASAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GUAN ENG, TOLONG BELAJAR SIKIT MAKROEKONOMI ASAS
link : GUAN ENG, TOLONG BELAJAR SIKIT MAKROEKONOMI ASAS

Baca juga


GUAN ENG, TOLONG BELAJAR SIKIT MAKROEKONOMI ASAS


Rahman Dahlan, Lim Guan Eng


Shah Alam - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan mendakwa kadar inflasi nasional sememangnya mencecah paras tertinggi sejak lapan tahun lalu.

Menurutnya, dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengatakan kadar inflasi tinggi adalah kerana rasuah dan kerajaan autokratik adalah tidak benar.

"Pertama sekali, kadar inflasi Mac 2017 adalah disebabkan kesan asas rendah seperti mana yang dijelaskan Jabatan Perangkaan Negara.

"Manakala, inflasi melonjak tinggi pada tahun 1998 kerana penyusutan wang ringgit yang mendadak kemudiannya meningkatkan kos barang import seperti makanan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, Guan Eng menyalahkan pihak kerajaan dengan mendakwa kadar inflasi tinggi adalah disebabkan kerajaan autokratik dan rasuah yang tiada akauntabiliti.

Beliau juga mendakwa inflasi ini banyak memberi kesan pada mereka yang berpendapatan rendah berbanding berpendapatan tinggi.

Sementara itu, Rahman Dahlan menerangkan bahawa kadar inflasi tinggi tidak semestinya hanya berlaku semasa sesebuah ekonomi mengalami kegawatan atau krisis.

"Malaysia pernah mencatatkan kadar inflasi yang tinggi pada tahun 1980, 1981, 1982 dan 1992 di mana ekonomi bertumbuh ketika itu.

"Kadar inflasi juga kebiasaannya menurun semasa krisis ekonomi atau kewangan berlaku kerana kegawatan berlaku, pengguna akan mengurangkan belanja dan penggunaan swasta berkurang," katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau meminta agar Guan Eng dan pimpinan pembangkang lain belajar sedikit asas makroekonomi sebelum buat tuduhan tidak berasas tentang Malaysia.

"Hentikanlah usaha menjatuhkan ekonomi Malaysia dengan menyebarkan berita palsu dan buat tuduhan tidak berasas tentang kerajaan dan ekonomi negara.

"Jangan pula nanti apa yang mereka (pembangkang) tuduh itu jadi kenyataan dan ekonomi Malaysia akan terjerumus ke dalam kegawatan," katanya lagi.




Demikianlah Artikel GUAN ENG, TOLONG BELAJAR SIKIT MAKROEKONOMI ASAS

Sekianlah artikel GUAN ENG, TOLONG BELAJAR SIKIT MAKROEKONOMI ASAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GUAN ENG, TOLONG BELAJAR SIKIT MAKROEKONOMI ASAS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/guan-eng-tolong-belajar-sikit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :