DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH

DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH
link : DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH

Baca juga


DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH


Mahathir kecewa permit dialog ditarik balik
Mahathir kecewa permit dialog ditarik balik
Dr Mahathir ketika menyertai Program Bicara Rakyat Perdana anjuran PPBM di Taman Paya Rumput Bestari, Melaka malam tadi.

BANDARAYA MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa apabila poLis menarik balik kebenaran untuk beliau dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berdialog pada 7 April ini.

Penganjuran dialog oleh Sinar Harian itu sepatutnya diadakan di pejabat akhbar Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam dibatalkan atas alasan polis menerima bantahan daripada penduduk sekitar.

Dengan nada tidak berpuas hati sambil, Dr Mahathir berkata, alasan tersebut bagaikan orang yang takut.

"Bukan ada siapa pun yang duduk di situ, yang ada cuma kilang sahaja. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 4,000 hadirin di Program Bicara Rakyat Perdana anjuran Parti Bersatu di Taman Paya Rumput Bestari, Melaka malam tadi.

Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Bersatu Melaka, Mohd Redzuan Md Yusof, timbalannya Mohd Rafiq Naizamohideen serta beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan negeri Melaka.

Sementara itu, ketika ditanya media mengenai pembatalan tersebut, Dr Mahathir menjelaskan perkara itu memang sudah dijangkakan.

"Saya sudah jangka dia memang tidak berani, bagaimanapun saya tetap menunggu sekiranya ada peluang lain," katanya.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.


Demikianlah Artikel DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH

Sekianlah artikel DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/debat-tak-jadi-berani-kerana-benar.html

Subscribe to receive free email updates: