[BENTONG] ANAK PERLUKAN BANTUAN

[BENTONG] ANAK PERLUKAN BANTUAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BENTONG] ANAK PERLUKAN BANTUAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BENTONG] ANAK PERLUKAN BANTUAN
link : [BENTONG] ANAK PERLUKAN BANTUAN

Baca juga


[BENTONG] ANAK PERLUKAN BANTUAN


Sedih tidak mampu bawa anak ke hospital


Air mata sudah menjadi teman sejati tetapi tidak pernah diperlihatkan kepada sesiapapun kecuali pada ALLAH tempat dirinya mengadu.

Kesempitan hidup mula dirasai Kamaluddin Mohamed, 45 yang menetap di Bukit Tinggi di sini apabila Mohd Hasli Wafi Kamaluddin, 9, menghidap sakit buah pinggang manakala Mohamad Amirul Mussodiqin Kamaluddin, 7, menghidapi masalah injap jantung yang koyak.

Lebih menyedihkan apabila isterinya, Naskin Che Leh, 30, turut mengalami masalah buah pinggang selepas terkena jangkitan kencing tikus dua tahun lalu.

Kamaluddin berkata, kedua-dua anaknya mula mengalami masalah buah pinggang dan jantung sejak berusia enam bulan menyebabkan dia yang ketika itu tinggal di Kelantan terpaksa berulang alik ke hospital.

Menurutnya, dia telah berusaha sedaya upaya bagi memberikan rawatan terbaik kepada anaknya sehingga terpaksa menjual tanah tapak rumah bagi menampung perbelanjaan rawatan.

"Dengan pendapatan yang tidak menentu sekitar RM800 sebulan sebagai pembantu kedai saya amat sedih kerana tidak dapat memberikan rawatan sempurna kepada kedua-dua anak saya.

"Sehingga kini saya tidak dapat membawa anak-anak saya untuk mengadakan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) seperti disarankan doktor kerana masalah kewangan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Delima, Bukit Tinggi di sini hari ini

Kamaluddin berkata, dengan gaji yang tidak menentu dia terpaksa mendahulukan keperluan lain seperti sewa rumah sebanyak RM450 sebulan dan juga perbelanjaan keperluan harian.

Menurutnya, sehingga kini dia belum pernah mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga pusat zakat.

“Tahap kesihatan kedua-dua anaknya pada masa ini tidak menentu dan sering berada dalam keadaan lemah.

"Pada bulan lepas anak kedua saya kencing bercampur darah dan anak sulung dan ketiga demam yang kuat sehingga di tahan di Hospital Bentong untuk rawatan," katanya.

Sementara itu, Naskin berkata, sebagai seorang ibu dia sentiasa mengharapkan kedua-dua anaknya sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Menurutnya, dengan hanya mengharapkan pendapatan suaminya yang tidak seberapa mereka bukan sahaja terpaksa menangguhkan rawatan susulan kedua-dua anaknya tetapi terpaksa berjimat dalam makan minum.

"Makan minum memang tidak menentu, apa termampu bagi makan anak itu sahaja, kalau ada telur goreng itu sahajalah dan kalau tidak ada telur makan sahaja nasi dengan kicap.

"Saya hanya mampu bersabar, kalau boleh saya ingin bekerja tetapi saya pernah bekerja dan sakit, apa lagi yang boleh saya buat untuk anak-anak,"katanya sambil menitiskan air mata.

Tambahnya, dirinya berharap ada pihak yang sudi membantu anak-anaknya supaya dia boleh pulih sepenuhnya dan kembali riang dan gembira seperti kanak-kanak yang sebaya denganya.

Kamaluddin dan isterinya boleh dihubungi di talian 019 9668642 dan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan wang tunai bolehlah menyalurkannya menerusi akauan Bank Rakyat Kamaluddin Mohamed, 220241768451.




Demikianlah Artikel [BENTONG] ANAK PERLUKAN BANTUAN

Sekianlah artikel [BENTONG] ANAK PERLUKAN BANTUAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BENTONG] ANAK PERLUKAN BANTUAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/bentong-anak-perlukan-bantuan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :