Asri bidas penyembah ‘lembu’ yang halang ‘pendakwah kita’

Asri bidas penyembah ‘lembu’ yang halang ‘pendakwah kita’ - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Asri bidas penyembah ‘lembu’ yang halang ‘pendakwah kita’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Asri bidas penyembah ‘lembu’ yang halang ‘pendakwah kita’
link : Asri bidas penyembah ‘lembu’ yang halang ‘pendakwah kita’

Baca juga


Asri bidas penyembah ‘lembu’ yang halang ‘pendakwah kita’

 | April 21, 2017
Mufti Perlis yang sebelum ini mempertahankan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik bagaimanapun tidak menamakan sesiapa.
Asri-Zainul_fb_600
PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin hari ini memuat naik beberapa baris di laman Facebooknya, menyelar apa yang dipanggilnya golongan “mempertuhankan lembu” kerana menentang seorang “pendakwah”.
“Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu, lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu,” Asri memulakan catatan ringkas yang disifatkannya “puisi pagi Jumaat”.

Walaupun tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya, mufti Perlis itu sebelum ini mempertahankan pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik, yang dikecam beberapa persatuan bukan Islam, termasuk Hindraf.

Dalam catatannya, Asri turut mengecam sebuah kerajaan yang menurutnya “menyembah api dan penganut sati, pembakar wanita janda, di benua sana.”
Sati merujuk amalan kuno di kalangan masyarakat Hindu di India yang diharamkan di negara itu, di mana seorang balu membakar dirinya selepas kematian suami.

Asri sebelum ini membidas tindakan sekumpulan aktivis termasuk pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy yang menyaman kerajaan kerana membenarkan Zakir tinggal di Malaysia.

Mereka menyifatkan Zakir, yang kerap menyentuh kepercayaan Kristian dan Hindu dalam ceramahnya, sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
“Tidaklah pelik jika mereka itu dari kumpulan bukan Muslim atau kafir yang tidak suka dengan dakwah. Namun yang pelik jika ada yang mendakwa diri mereka Muslim tetapi meminta supaya tokoh pendakwah Islam yang terkenal dengan hujahnya itu ditangkap,” kata Asri bulan lalu.

Berikut nukilan Asri sepenuhnya:
..apabila yang mempertuhankan lembu bersatu..
lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu..
mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati..
pembakar wanita janda..di benua sana..
ajaran yang mengkastakan manusia..
sedih, sehingga ada yang dipanggil paria..
wajarkah manusia diperlakukan demikian rupa..
betapa menghina insan sesama..
di sini pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada..
berpakat mereka membuat angkara..
kita tidak boleh berdiam bahasa..
toleransi dan kesabaran ada hadnya..
puisi pagi jumaat..


Demikianlah Artikel Asri bidas penyembah ‘lembu’ yang halang ‘pendakwah kita’

Sekianlah artikel Asri bidas penyembah ‘lembu’ yang halang ‘pendakwah kita’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Asri bidas penyembah ‘lembu’ yang halang ‘pendakwah kita’ dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/asri-bidas-penyembah-lembu-yang-halang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :