Judul : Anak Hadi Awang Ketua Pemuda PAS yang baru, menang tanpa bertanding
link : Anak Hadi Awang Ketua Pemuda PAS yang baru, menang tanpa bertanding
Anak Hadi Awang Ketua Pemuda PAS yang baru, menang tanpa bertanding
17/4/17
Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak lelaki kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan kini sah sebagai Ketua Pemuda PAS yang baru selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding.
Muhammad Khalil mengambil alih jawatan itu daripada penyandangnya sebelum ini Nik Abduh Nik Aziz berkuatkuasa mulai 18 April 2017.
Pegawai informasi parti, Mohd Shahrir Abu Hassan dilapor memaklumkan bahawa Khairil Nizam Khiruddin akan bertugas sebagai timbalannya.
"Naib ketua pula ialah Ahmad Fadhli Shaari dan jawatankuasa pusat pemuda akan dibentuk terdiri daripada 14 orang ahli,"
"Kesemua mereka menang tanpa bertanding oleh itu tidak akan ada sebarang pemilihan ataupun pengundian ketika Muktamar PAS kali ke 63 nanti," katanya.
Muktamar PAS akan diadakan mulai 29 April sehingga 1 Mei di Alor Setar Kedah. Hadi dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan kedudukan tanpa bertanding.
Demikianlah Artikel Anak Hadi Awang Ketua Pemuda PAS yang baru, menang tanpa bertanding
Sekianlah artikel Anak Hadi Awang Ketua Pemuda PAS yang baru, menang tanpa bertanding kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anak Hadi Awang Ketua Pemuda PAS yang baru, menang tanpa bertanding dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/anak-hadi-awang-ketua-pemuda-pas-yang.html