Judul : Akaun NAJIB Ke Akaun NASHARUDIN, ke Akaun siapa pula??
link : Akaun NAJIB Ke Akaun NASHARUDIN, ke Akaun siapa pula??
Akaun NAJIB Ke Akaun NASHARUDIN, ke Akaun siapa pula??
jelingan manja |
Berdasarkan pendedahan Rafizi Ramli melalui akuan bersumpahnya bahawa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ada menerima sejumlah wang - tentunya juta-juta - dipercayai bersumberkan dana SRC International, anak syarikat 1MDB daripada Najib Razak, pihak yang disebut namanya tidak boleh lagi sekadar berdiam diri saja.
Najib yang mengagihkan dana tersebut menggunakan akaun bank peribadinya dan Nasharuddin sebagai penerima wang, adalah dua pihak yang harus segera menjelaskan perkara itu dengan jujur dan ikhlas kepada rakyat.
Ikut logik, tidak mungkin Najib menyalurkan wang tersebut kepada Nasharuddin atas kedudukannya sebagai individu semata-mata kerana kepentingannya terlalu kecil untuk diwajarkan bagi menerima wang daripada seorang Perdana Menteri.
Jika pun pemberian wang itu atas nama individu, kenapa Nasharudin jadi pilihan dan adakah sesiapa yang lain turut diberikan wang juga oleh Najib?
Paling mungkin dan dapat diterima akal atas kedudukannnya sebagai bekas pemimpin nombor dua Pas serta diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan beberapa pemimpin Pas, Nasharuddin boleh jadi sekadar perantaraan saja.
Dalam hal ini, Najib paling tinggi dari segi tanggungjawab moral untuk memberi penjelasan kepada rakyat tentang tujuan sebenar wang itu diberikan kepada Nasharudin.
Apakah ia benar-benar untuk Nasharudin, bagi tujuan apa atau ia untuk disalurkan kepada pemimpin tertentu Pas sebagaimana yang didakwa oleh Rafizi?
Nasharudin pula harus menjelaskan mengapa beliau menerima wang itu, untuk kegunaan peribadinya, untuk pihak-pihak lain dan ke mana ia telah disalurkan?
Jika Nasharuddin seorang yang jujur dan benar-benarkan takutkan Allah, beliau tidak perlu terlalu lama menyembunyikan diri, sebaliknya harus segera tampil beserta bukti-bukti ke mana wang yang diterimanya telah diagih-agihkan.
Kiranya pengagihan dilakukan melalui sistem bank kerana melibatkan jumlah yang besar, tentu lagi mudah untuk beliau membuktikannya. Yang penting, sama ada beliau mahu bercakap benar atau tidak mengenai misteri wang yang diterimanya yang barangkali turut membuatkan isteri, anak-anak dan keluarganya terkejut sama.
Pendedahan Rafizi dengan menyebut nama Najib, Nasharuddin dan dana SRC International, anak syarikat 1MDB adalah yang ketiga ditujukan kepada Pas setakat ini.
Sebelum ini Sarawak Report mendedahkan dana RM90 juta diterima Pas, manakala Husam Musa pula membangkitkan nama Affin Bank yang digunakan untuk menyalurkan wang tersebut.
Pas mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report dan Husam, tetapi sehingga ini sama ada saman akan diteruskan atau tidak masih lagi terawang-awangan serta belum menjadi kenyataan.
Menyusul hari ini, Rafizi membuat pendedahan yang ketiga terhadap Pas melalui akuan bersumpah kerana maklumat yang diperolehinya itu adalah berdasarkan apa yang diberitahu kepadanya pada 28 Januari lalu oleh seorang bekas pegawai paling kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah mengetuai siasatan ke atas 1MDB dan dakwaan pembabitan Najib dalam skandal itu.
Pegawai kanan SPRM itu, menurut Rafizi, setuju namanya dirujuk dalam pendedahan yang dibuatnya ini.
Bagaimanapun, Rafizi masih terhalang secara undang-undang untuk mendedahkan bukti-bukti yang dimilikinya kerana ia adalah sesuatu yang masih diletakkan di bawah OSA atau Akta Rahsia Rasmi. Itulah sebabnya beliau membuat akuan bersumpah dan kemudian akan membuat laporan kepada SPRM dengan harapan agar penyiasatan semula dapat dilakukan.
Kesimpulan mudah sekarang adalah bola kini di kaki Najib dan Nasharudin untuk melakukan tindakan seterusnya.
Najib yang memberi wang dan Nasharudin yang menerima wang harus segera tampil dengan bukti-bukti sahih menafikan dakwaan Rafizi itu. Penafian kosong dengan cakap mulut melalui Utusan atau TV3 tentu saja tidak lagi memadai, malah hanya membuatkan ramai yang senyum sinis dibuatnya.
Paling terbaik sekali ialah jika Najib dan Nasharuddin dapat segera menyaman Rafizi agar segala bukti yang Ahli Parlimen Pandan itu miliki boleh didedahkan di mahkamah semasa perbicaraan nanti.
Dalam masa yang sama, pemimpin tertentu Pas yang ada menerima wang daripada Nasharudin, mestilah juga bersikap jujur kepada diri sendiri, Tuhan dan rakyat. Sekadar menafi atau mengatakan Nasharudin tiada kaitan dengan Pas kerana tiada jawatan dalam parti, pasti juga tidak memadai.
Menafi mesti ada sandaran hujah yang kukuh atau lebih baik mengaku saja jika ada menerima wang tersebut sebelum nama mereka didedahkan di mahkamah berdasarkan maklumat perbankan atau bukti yang ada di tangan pihak berkuasa.
Tidak lupa, SPRM di bawah teraju Zulkifli Ahmad yang nampaknya begitu gigih memerangi rasuah, tidak harus berlengah lagi untuk membuka semula penyiasatan berdasarkan maklumat yang diberikan Rafizi.
Bukankah semalam Peguam Negara, Apandi Ali ada meminta SPRM agar segera melengkapkan penyiasatan berkaitan dana SRC International yang menjadi perhatian ramai sebelum ini, malah katanya NFA (No Further Action) bukanlah bermakna penyiasatan sudah ditutup, sebaliknya boleh dibuka semula jika terdapat maklumat baru yang boleh membantu penyiasatan.
Apakah tidak cukup membantu lagi akuan bersumpah Rafizi kali ini? (ShahbudinHusin 13/04/2017).
Demikianlah Artikel Akaun NAJIB Ke Akaun NASHARUDIN, ke Akaun siapa pula??
Sekianlah artikel Akaun NAJIB Ke Akaun NASHARUDIN, ke Akaun siapa pula?? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akaun NAJIB Ke Akaun NASHARUDIN, ke Akaun siapa pula?? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/akaun-najib-ke-akaun-nasharudin-ke.html