20 PENDUDUK TERPUTUS HUBUNGAN

20 PENDUDUK TERPUTUS HUBUNGAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 20 PENDUDUK TERPUTUS HUBUNGAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 20 PENDUDUK TERPUTUS HUBUNGAN
link : 20 PENDUDUK TERPUTUS HUBUNGAN

Baca juga


20 PENDUDUK TERPUTUS HUBUNGAN


20 penduduk terputus hubungan


Gombak - Jambatan dekat Sungai Chinchin di sini runtuh akibat dilanggar arus deras kesan hujan lebat kelmarin.

Dianggarkan 20 penduduk yang tinggal di kawasan itu terputus hubungan apabila jambatan lama itu ditutup kepada kenderaan untuk tujuan keselamatan.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan berkata, pihak Jabatan Pengairan Saliran Gombak bersetuju melakukan kerja pembaikan dalam masa terdekat melalui mesyuarat tergempar yang diadakan semalam.

Menurutnya, jambatan konkrit tersebut sebelum ini dibina oleh penduduk dan turut digunakan kenderaan berat termasuk lori sebagai akses ke kawasan kampung.

“Buat masa ini hanya pejalan kaki atau bermotosikal dibenarkan menggunakan jambatan tersebut sementara kerja baik pulih selesai.

“Pusat Khidmat Masya-rakat Dun Gombak Setia meminta prosesnya disegerakan, mengambil kira kemudahan pengguna yang terjejas akibat keretakan bahagian jambatan sepanjang kira-kira 30 meter itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun katanya, semua agensi terlibat menjalankan peranan masing-masing termasuk kerja pembersihan sungai dilakukan susulan insiden itu.

Dalam perkembangan lain katanya, hujan lebat kelmarin turut menyebabkan kira-kira 40 buah rumah penduduk terjejas susulan banjir kilat.

“Beberapa punca dikesan yang menyebabkan banjir kilat antaranya pembangunan tanah tidak terancang di tanah persendirian di Sungai Pusu.

“Sementara itu, di jalan Gombak Utara pula disebabkan masalah sistem saliran dan perparitan yang tak dapat menampung kuantiti air,” katanya.

Selain itu, hujan lebat yang berlaku bermula jam 4.30 petang turut menyebabkan insiden runtuhan tanah di kawasan persendirian dan beberapa kejadian pokok tumbang.

Bagaimanapun, tiada mangsa atau pusat pemindahan dibuka berikutan keadaan terkawal dan air surut beberapa minit selepas kejadian.




Demikianlah Artikel 20 PENDUDUK TERPUTUS HUBUNGAN

Sekianlah artikel 20 PENDUDUK TERPUTUS HUBUNGAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 20 PENDUDUK TERPUTUS HUBUNGAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/20-penduduk-terputus-hubungan.html

Subscribe to receive free email updates: