[video] Parlimen kecoh... Shahidan cabar gaji ahli Parlimen dipotong 50%

[video] Parlimen kecoh... Shahidan cabar gaji ahli Parlimen dipotong 50% - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [video] Parlimen kecoh... Shahidan cabar gaji ahli Parlimen dipotong 50%, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [video] Parlimen kecoh... Shahidan cabar gaji ahli Parlimen dipotong 50%
link : [video] Parlimen kecoh... Shahidan cabar gaji ahli Parlimen dipotong 50%

Baca juga


[video] Parlimen kecoh... Shahidan cabar gaji ahli Parlimen dipotong 50%


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mencabar barisan ahli Parlimen pembangkang supaya menerima potongan gaji 50 peratus dalam satu perbahasan mengenai isu penjawat awam.

Shahidan berkata demikian selepas Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli mencadangkan menteri Umno itu memotong gajinya sendiri jika benar-benar mahu memperjuangkan penjawat awam.

"Potong semua gaji saya, no problem. Dan semua ahli parlimen (pembangkang) bersetuju, potong 50 peratus. 

"Speaker, saya membuat usul supaya untuk memotong semua Ahli Parlimen gaji sebanyak 50 peratus. Setuju semua tak?" kata Shahidan.

Hujah ini bermula apabila Shahidan mencelah dalam ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan mendakwa DAP melancarkan kempen untuk mengurangkan separuh penjawat dalam perkhidmatan awam.

Ini mendorong sorakan tidak puas hati daripada Ahli Parlimen pembangkang.

Ahil Parlimen DAP-Seremban, Anthony Loke menafikan DAP melancarkan sebarang kempen untuk mengurangkan separuh penjawat dalam perkhidmatan awam, tetapi hanya melahirkan kebimbangan mengenainya saiz penjawat awam.

Kemudian, Ahli Parlimen PKR-Wong Chen pula menegaskan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menimbulkan kebimbangan yang sama iaitu saiz perkhidmatan awam adalah 'terlalu besar'.

Hujah ini berlangsung selama beberapa minit sebelum kembali reda.

Namun, Wan Azizah berkata memang terdapat kebimbangan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa penjawat awam memberi perkhidmatan yang baik dan berkhidmat untuk negara.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai 1.6 juta kakitangan awam dan kerajaan perlu memperuntukkan RM76 bilion setiap tahun untuk gaji dan elaun.

Manakala RM21.6 bilion lagi dibelanjakan setiap tahun untuk pencen.


Demikianlah Artikel [video] Parlimen kecoh... Shahidan cabar gaji ahli Parlimen dipotong 50%

Sekianlah artikel [video] Parlimen kecoh... Shahidan cabar gaji ahli Parlimen dipotong 50% kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [video] Parlimen kecoh... Shahidan cabar gaji ahli Parlimen dipotong 50% dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/video-parlimen-kecoh-shahidan-cabar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :