Tiga terbunuh, 66 cedera serangan di hospital tentera

Tiga terbunuh, 66 cedera serangan di hospital tentera - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga terbunuh, 66 cedera serangan di hospital tentera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga terbunuh, 66 cedera serangan di hospital tentera
link : Tiga terbunuh, 66 cedera serangan di hospital tentera

Baca juga


Tiga terbunuh, 66 cedera serangan di hospital tentera

Sinar Harian
Tiga terbunuh, 66 cedera serangan di hospital tentera
Polis tutup kawasan berdekatan hospital. - Foto Reuters
KABUL - AFGHANISTAN. Serangan pengganas di sebuah hospital tentera di Kabul pada Rabu menyebabkan sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 66 lagi cedera manakala tiga penyerang maut, lapor media tempatan menurut agensi berita China Xinhua. 

Seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di bahagian belakang Hospital Sardar Mohammad Daud Khan di daerah diplomatik Wazir Akbar Khan. 
  
Menurut sumber pasukan keselamatan, letupan itu membolehkan empat penyerang yang bersenjata api dan bom tangan memasuki bangunan utama serta melepaskan tembakan rambang kepada pesakit dan petugas hospital.
"Tiga terbunuh dan 54 mangsa cedera dihantar ke hospital berdekatan Wazir Akbar Khan. Jumlah mangsa cedera mungkin bertambah," kata jurucakap Kementerian Kesihatan Awam Ismahil Kawosi kepada media tempatan Tolo News.  

Sementara 12 lagi mangsa dihantar ke Hospital Emergency Kabul, katanya.
Seramai lima pengganas terbabit dalam serangan itu, seorang meletupkan dirinya manakala dua lagi ditembak mati oleh anggota keselamatan, menurut maklumat awal daripada sumber keselamatan.

Hospital yang mempunyai 400 buah katil merupakan hospital tentera terbesar di negara itu terletak di daerah diplomatik berdekatan kedutaan Amerika Syarikat dan menjadi sasaran utama pengganas.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dan kumpulan militan Taliban menafikan penglibatan mereka. - Bernama


Demikianlah Artikel Tiga terbunuh, 66 cedera serangan di hospital tentera

Sekianlah artikel Tiga terbunuh, 66 cedera serangan di hospital tentera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga terbunuh, 66 cedera serangan di hospital tentera dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/tiga-terbunuh-66-cedera-serangan-di.html

Subscribe to receive free email updates: