Sultan Johor: TMJ sangat yakin boleh ubah FAM, minta diberi satu penggal

Sultan Johor: TMJ sangat yakin boleh ubah FAM, minta diberi satu penggal - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Johor: TMJ sangat yakin boleh ubah FAM, minta diberi satu penggal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Johor: TMJ sangat yakin boleh ubah FAM, minta diberi satu penggal
link : Sultan Johor: TMJ sangat yakin boleh ubah FAM, minta diberi satu penggal

Baca juga


Sultan Johor: TMJ sangat yakin boleh ubah FAM, minta diberi satu penggal

 | March 18, 2017
Sultan Johor mengakui pada mulanya tidak mengizinkan Tunku Ismail bertanding kerusi nombor satu berkenaan dengan menyedari tugas berkenaan bukannya mudah.
bahasa,-FMT,-KL,-Malaysia,-TMJ,-FAM,-Sultan-Johor
PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yakin anakandanya yang juga Tunku Mahkota Johor mampu mengubah wajah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berdasarkan pencapaian meletakkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di mata dunia dalam tempoh tiga tahun sahaja.

“Dia (Tunku Ismail) memang sangat yakin (dengan kemampuannya). Dia kata dengan saya, bagi dia satu penggal (untuk menyertai FAM),” titah baginda.
Pemilihan FAM akan berlangsung sempena Kongres FAM Sabtu depan.
Perebutan kerusi nombor satu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tunku Ismail dan Tan Sri Annuar Musa, yang juga bekas Presiden P
ersatuan Bola Sepak Kelantan. Dua puluh ahli gabungan akan membuat pemilihan.

Dipetik BH, Sultan Johor mengakui pada mulanya tidak mengizinkan Tunku Ismail, yang juga pemilik JDT, bertanding kerusi nombor satu berkenaan dengan menyedari tugas berkenaan bukannya mudah.
“Saya memang tak kasi (izin) Tunku Mahkota menjadi Presiden (sebab) saya tahu bukan senang kerja ini.”

Baginda seterusnya bertitah, “bila sudah ada, orang mengadap, saya minta semua menerangkan kenapa mahu Tunku Mahkota.”
“Saya bukan bercakap dengan seorang sahaja, sebaliknya 15 ahli gabungan (FAM), setiap orang menyuarakan.”

“Selepas itu saya kata kena tanya anak saya sendiri. Saya panggil Tunku Mahkota, depan mereka yang ada, saya tanya betul ke mahu dia, betul ke awak percaya yang dia boleh mengubah Persatuan Bola Sepak Malaysia hari ini.
“Mereka yakin. Saya tanya balik anak saya, nak ke tak nak. Jawapan dia ‘menjunjung titah bah’,” titah baginda.

BH melaporkan baginda bertitah demikian dalam temu bual eksklusif bersama Media Prima di Istana Flinstone, Mersing semalam.
Baginda turut mengucapkan syabas kepada Tunku Mahkota kerana selama tempoh tiga tahun mengambil alih JDT pasukan itu bukan sahaja terkenal di negara ini, malah mengharumkan nama di seluruh dunia.

“Saya tidak tahu mana Tunku Mahkota dapat idea tadbir bola sepak. Bila saya panggil, dia boleh terangkan satu persatu… dia tahu. Akhirnya saya serahkan bola kepada dia,” titah baginda


Demikianlah Artikel Sultan Johor: TMJ sangat yakin boleh ubah FAM, minta diberi satu penggal

Sekianlah artikel Sultan Johor: TMJ sangat yakin boleh ubah FAM, minta diberi satu penggal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Johor: TMJ sangat yakin boleh ubah FAM, minta diberi satu penggal dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/sultan-johor-tmj-sangat-yakin-boleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :