RASUAH: DAP AMAL SIKAP DOUBLE-STANDARD

RASUAH: DAP AMAL SIKAP DOUBLE-STANDARD - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RASUAH: DAP AMAL SIKAP DOUBLE-STANDARD, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RASUAH: DAP AMAL SIKAP DOUBLE-STANDARD
link : RASUAH: DAP AMAL SIKAP DOUBLE-STANDARD

Baca juga


RASUAH: DAP AMAL SIKAP DOUBLE-STANDARD


Nazir Hussin Akhtar Hussin


Shah Alam - DAP dibidas kerana mengamalkan politik double-standard terhadap rasuah kerana membenarkan seorang pemimpin yang didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut memimpin kerajaan negeri.

Sedangkan sebaliknya, parti itu lantang menyuruh rakyat menjauhi Pemuda Umno ekoran salah seorang ketua Pemuda Umno di peringkat bahagian ditahan untuk membantu siasatan kes penyelewengan hartanah.

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, sikap pemimpin DAP ini tidak ubah seperi kata pepatah, kuman di seberang laut mereka nampak tetapi gajah depan mata tidak nampak pula.

Beliau berkata, mereka cukup lantang mempertikaikan kredibiliti pemimpin Umno tetapi menutup mata terhadap kes yang sedang dihadapi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Mereka menyuruh rakyat menjauhi Pemuda Umno, tetapi sebenarnya rakyat yang perlu menjauhi DAP kerana pemimpin parti berkenaan turut dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan penyelewengan dan rasuah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim yang mendakwa rasuah menjadi amalan dalam Pemuda Umno yang disiarkan dalam sebuah portal web.

Mahzir melalui kenyataanya itu turut menyeru anak muda untuk menjauhkan diri daripada Pemuda Umno yang kini dilihat bukan lagi bersih dan beridealisme tinggi susulan skandal hartanah di Johor.

Nazir Hussin berkata, DAP turut mengamalkan pendakwaan terpilih apabila individu yang dituduh di mahkamah mengamalkan rasuah dikekalkan memegang jawatan parti tanpa sebarang tindakan disiplin, sementara individu yang tidak dikenakan apa-apa pertuduhan mahkamah dipecat parti.

“Beliau (Mahdzir) patut malu tentang apa yang melanda DAP hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini bangga melaungkan mementingkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) tapi terpalit dengan rasuah," katanya.

Menurutnya, pembangkang terlalu taksub mengata pihak lain, sedangkan hakikatnya mereka khususnya DAP mengamalkan politik sempit dan kebencian.

“Berdasarkan rekod lepas, ramai yang bersama Umno, bahkan Pemuda Umno semakin hari semakin diterima rakyat. Umno masih lagi relevan, kita ada 3.5 juta ahli.

“Kita tidak nampak DAP dapat menyelesaikan kemelut dalaman parti itu, malah mesyuarat pun ROS tidak sahkan lagi,” katanya.




Demikianlah Artikel RASUAH: DAP AMAL SIKAP DOUBLE-STANDARD

Sekianlah artikel RASUAH: DAP AMAL SIKAP DOUBLE-STANDARD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RASUAH: DAP AMAL SIKAP DOUBLE-STANDARD dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/rasuah-dap-amal-sikap-double-standard.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :