RAMAI LAGI AKAN DIBURU !

RAMAI LAGI AKAN DIBURU ! - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RAMAI LAGI AKAN DIBURU !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RAMAI LAGI AKAN DIBURU !
link : RAMAI LAGI AKAN DIBURU !

Baca juga


RAMAI LAGI AKAN DIBURU !

Bongkar skandal rasuah, SPRM sampai mesej jelas
Shahrir Samad
Shahrir Samad

JOHOR BAHRU - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar skandal rasuah di negara ini termasuk di Johor, menyampaikan mesej jelas daripada pihak kerajaan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, mesej tersebut memberi amaran kepada semua agar tidak terlibat dengan salah laku itu.

"Yang disampaikan dengan tindakan yang diambil SPRM selama ini, mesej yang disampaikan ialah jangan buat.

"Jangan buat kerja-kerja rasuah ini. Nanti kena tangkap. Akan ditangkap pasal ada orang melaporkan. SPRM ada memerhatikan. Jadi jangan buat," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Projek Pendidikan Bersepadu Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Perpustakaan Sultan Ismail Sesi 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahan beberapa individu berhubung skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri ini.

Shahrir berkata, tindakan SPRM itu bukan kerana aduan dibuat oleh pemimpin pembangkang, sebaliknya ia merupakan gerak kerja jentera agensi kerajaan.

"Tangkapan-tangkapan ini bukan pembangkang buat aduan. (Sebaliknya) Jentera kerajaan. Agensi kerajaan yang melaksanakan tanggungjawab dan mesejnya adalah mesej kerajaan.

"'Straight forward' mesej. Bukan ada mesej lain. Ini mesej kerajaan pasal agensi (adalah) agensi kerajaan. Bukan agensi ini agensi PKR atau agensi DAP, tak ada lah," katanya.

Beliau berkata, pembongkaran pelbagai kes termasuk skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor, tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya tak fikir (sokongan terjejas). Pasal yang mustahaknya, tindakan itu bukan bertujuan politik.

"Hanya pembangkang ikut suka dia nak 'spin', dia akan spin," katanya.


Demikianlah Artikel RAMAI LAGI AKAN DIBURU !

Sekianlah artikel RAMAI LAGI AKAN DIBURU ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RAMAI LAGI AKAN DIBURU ! dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/ramai-lagi-akan-diburu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :