Judul : Plot mahu bunuh PM dibongkar
link : Plot mahu bunuh PM dibongkar
Plot mahu bunuh PM dibongkar
Prayuth
BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa Thailand kelmarin memaklumkan berjaya membongkar plot untuk membunuh Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha.
Ketua Polis, Jakthip Chaijinda berkata, penemuan bekalan senjata termasuk puluhan senapang dan bom tangan itu dibuat di rumah pemimpin kumpulan Baju Merah, Wuthipong Kochathamakun yang telah melarikan diri sejak insiden rampasan kuasa pada 2014.
"Sembilan individu dipercayai ada kaitan rampasan senjata itu turut diberkas. Kami percaya kesemua senjata bukan diguna untuk memburu, tetapi membunuh pemimpin negara ini," katanya merujuk kepada Prayuth.
Jelasnya lagi, Wuthipong dan rangkaiannya secara terang menentang junta tentera dan kumpulan itu juga pernah meramalkan pembunuhan perdana menteri terbabit di media sosial.
Hasil siasatan awal polis mendapati kumpulan antijunta tersebut merancang serangan hendap jika pihak berkuasa meneruskan operasi menyasarkan kuil Buddha yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Thaksin Shinawatra yang merupakan abang kepada bekas Perdana Menteri, Yingluck yang digulingkan kira-kira tiga tahun lalu.
Junta tentera dalam kenyataan menunjukkan kumpulan itu cuba mewujudkan ketidakstabilan di negara tersebut. - Reuters
Demikianlah Artikel Plot mahu bunuh PM dibongkar
Sekianlah artikel Plot mahu bunuh PM dibongkar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Plot mahu bunuh PM dibongkar dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/plot-mahu-bunuh-pm-dibongkar.html