Nik Abduh 37 'Hantar Adik' Lawan Pengunaan Nama Ayah

Nik Abduh 37 'Hantar Adik' Lawan Pengunaan Nama Ayah - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Abduh 37 'Hantar Adik' Lawan Pengunaan Nama Ayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Abduh 37 'Hantar Adik' Lawan Pengunaan Nama Ayah
link : Nik Abduh 37 'Hantar Adik' Lawan Pengunaan Nama Ayah

Baca juga


Nik Abduh 37 'Hantar Adik' Lawan Pengunaan Nama Ayah


PENGGUNAAN nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Parti Amanah Negara (Pan) dibantah ahli keluarga mantan Menteri Besar Kelantan itu.

Hal tersebut berhubung Seminar Tok Guru Nik Aziz yang akan dianjurkan Pan Batu pada 9 April depan di KLCAH, Kuala Lumpur.

Pihak terbabit juga dikatakan akan menjelajah bermula di Kuala Lumpur menjaja nama tokoh agama berkenaan bagi kepentingan Pan dan Pakatan Harapan.

Keluarga menganggap ia merupakan satu penghinaan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sepanjang hidupnya berjuang dalam wadah PAS.

Anak almarhum, Nik Mohamad Abduh berkata keluarganya menafikan kenyataan pemimpin Pan sekiranya Tok Guru masih hidup, turut menyokong parti serpihan itu.

"Kami sekeluarga menganggap ia merupakan satu penghinaan kepada Tuan Guru yang hidup istiqamah bersama perjuangan PAS sepanjang hayatnya.

"Tiba-tiba parti lain, parti serpihan mempermainkan nama Tuan Guru yang kekal istiqamah sepanjang hayatnya," katanya pada sidang media di Pulau Melaka, Kota Bharu hari ini.

Menurutnya, atas tekanan keluarga dan penyokong PAS sendiri, beberapa tindakan termasuk laporan polis dilakukan dan berharap seminar itu dihentikan.

Sekiranya permintaan tersebut gagal dipatuhi pihak penganjur beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa pagi tadi oleh seorang lagi anak almarhum, Nik Adli.

Beliau mewakili ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, adik beradik, cucu dan adik beradik almarhum membantah sekeras-kerasnya program itu.

Adik kepada almarhum, Nik Din Nik Mat berkata, seminar anjuran Pan itu seolah-olah hendak mempermainkan kredibiliti serta ketokohan pemimpin berkenaan.

"Penggunaan nama Tuan Guru hanya sebagai alasan untuk menarik sokongan kepada parti itu sedangkan arwah tetap istiqamah dalam PAS sejak sekian lama.

"Semua ahli keluarga sememangnya tidak bersetuju terhadap penggunaan nama ini pada seminar 9 April ini di Kuala Lumpur," katanya.

Turut hadir pada sidang media di kediaman almarhum, Nik Muhammad Nasim Nik Mat dan ahli keluarga terdekat. -






Demikianlah Artikel Nik Abduh 37 'Hantar Adik' Lawan Pengunaan Nama Ayah

Sekianlah artikel Nik Abduh 37 'Hantar Adik' Lawan Pengunaan Nama Ayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Abduh 37 'Hantar Adik' Lawan Pengunaan Nama Ayah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/nik-abduh-37-hantar-adik-lawan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :