MEDIA SOSIAL KATALOG PELAKU PILIH MANGSA JENAYAH

MEDIA SOSIAL KATALOG PELAKU PILIH MANGSA JENAYAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MEDIA SOSIAL KATALOG PELAKU PILIH MANGSA JENAYAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MEDIA SOSIAL KATALOG PELAKU PILIH MANGSA JENAYAH
link : MEDIA SOSIAL KATALOG PELAKU PILIH MANGSA JENAYAH

Baca juga


MEDIA SOSIAL KATALOG PELAKU PILIH MANGSA JENAYAH


media sosial


Kuala Lumpur - Media sosial bukan sahaja menjadi platform bagi pelaku jenayah seksual mendekati kanak-kanak malah ia dijadikan katalog untuk mereka memilih mangsa mengikut citarasa masing-masing.

Perkara itu didedahkan oleh Pakar Kriminologi, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Mohammad Rahim Kamaluddin yang berkata laman sosial seperti Facebook dan aplikasi WeChat antara yang sering menjadi medium bagi pelaku jenayah seksual.

"Pelaku seksual ini mempunyai citarasa sendiri, ada yang suka badan bersaiz kecil, besar, kulit berwarna gelap dan sebaliknya.

"Apabila kanak-kanak mempunyai akaun laman sosial ia menjadi saringan bagi pelaku seksual ini memilih siapa yang dia nak melalui gambar yang dimuat naik. 

"Media sosial dijadikan sebagai platform kerana dalam masa seminit sahaja mereka (pelaku seksual) boleh mendekati mangsa (kanak-kanak) dengan mengajak berkomunikasi tanpa menggunakan profil sebenar mereka," katanya.

Beliau mendedahkan demikian dalam sesi perbincangan bertajuk 'Mendalami Minda dan Corak Tingkah Laku Penjenayah dan Impak Ke Atas Mangsa di Malaysia' pada 'Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!' di sini, semalam.

Mohammad Rahim berkata aplikasi WeChat juga menjadi pilihan utama modus operandi pelaku seksual memandangkan ia mudah digunakan dan tidak memerlukan nombor telefon.

"Melalui aplikasi WeChat, pelaku seksual tak perlukan nombor telefon, cuma perlu tekan butang 'search near by' untuk mendekati kanak-kanak.

"Saya pernah membuat beberapa eksperimen bila 'search near by' ada antaranya yang menggunakan gambar bogel. Cuba bayangkan kalau anak-anak kita yang melihat perkara ini...apa akan jadi?," katanya.

Menurutnya, berdasarkan kajiannya hampir 80 peratus pelajar di kawasan bandar juga mempunyai akaun Facebook seawal 10 tahun, malah ada antara mereka mempunyai hingga tiga akaun dalam satu masa.

"Sebab itu kanak-kanak perlu diajar etika menggunakan media sosial dengan betul dan bahasa apa yang digunakan untuk mengelakkan kanak-kanak ini menjadi mangsa," katanya.

Sementara itu, Pakar Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Dr Geshina Ayu Mat Saat berkata lebih ramai kanak-kanak perempuan berbanding lelaki didapati memuat naik dan mencari gambar lucah di media sosial.

Menurutnya, kajian terhadap 1,400 pelajar tingkatan satu hingga tiga di seluruh negara menunjukkan lebih ramai kanak-kanak perempuan cenderung melakukan kegiatan negatif berkenaan.

"Mereka melakukan kegiatan itu bagi menunjukkan mereka lebih dewasa daripada usia sebenarnya...itu semua dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapa," katanya.

Menurutnya, kegiatan berkenaan secara langsung memberi provokasi kepada pelaku jenayah seksual untuk melihat gambar-gambar ini sekali gus mencari mangsa.




Demikianlah Artikel MEDIA SOSIAL KATALOG PELAKU PILIH MANGSA JENAYAH

Sekianlah artikel MEDIA SOSIAL KATALOG PELAKU PILIH MANGSA JENAYAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MEDIA SOSIAL KATALOG PELAKU PILIH MANGSA JENAYAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/media-sosial-katalog-pelaku-pilih.html

Subscribe to receive free email updates: