[LIPIS] MAHU ORANG ASLI UBAH HIDUP CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

[LIPIS] MAHU ORANG ASLI UBAH HIDUP CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LIPIS] MAHU ORANG ASLI UBAH HIDUP CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LIPIS] MAHU ORANG ASLI UBAH HIDUP CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN
link : [LIPIS] MAHU ORANG ASLI UBAH HIDUP CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

Baca juga


[LIPIS] MAHU ORANG ASLI UBAH HIDUP CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN


Mahu Orang Asli ubah hidup ceburi bidang keusahawanan


Seramai 30 penduduk Orang Asli Pos Kuala Koyan serta Dusun Pak Senam menyertai latihan membuat kraf tangan dan masakan anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di bawah program Empower Jelai, daerah ini.

ECERDC menerusi program Empower kawasan Jelai itu adalah inisiatif program pembangunan modal insan di 27 lokasi Wilayah ECER kawasan Pantai Timur yang dilancarkan pada 2010.

Ia bertujuan memberi latihan kemahiran dengan menyasarkan belia, suri rumah, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga yang berpendapatan rendah mengubah kehidupan menerusi sektor keusahawanan.

Penduduk Orang Asli dari dua kampung berkenaan antara 2,000 pengusaha dari 12 Wilayah ECER negeri ini yang diberi peluang menyertai kursus seperti jahitan, kraf tangan, masakan, solekan, dandanan dan bidang tertentu sepanjang tahun ini.

Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Modal Insan ECERDC, Zulkifli Ya’acob berkata, program latihan kemahiran Empower Jelai itu tepat pada masanya dalam usaha kerajaan membangunkan komuniti Orang Asli setanding dengan kaum lain, menerusi sektor keusahawanan dan perniagaan.

“Program kemahiran kraf tangan dan masakan ini secara inklusif membabitkan penduduk Orang Asli pos di pedalaman serta pinggir bandar negeri ini dengan memfokuskan dalam kalangan ibu tunggal, suri rumah, OKU dan keluarga yang berpendapatan rendah kaum minoriti berkenaan,” katanya, kelmarin.

Sementara itu, Penyelaras Program Empower Jelai, Norhapizah Mohamad Razali berkata, latihan kemahiran kraf tangan dan masakan diadakan secara berperingkat selama 25 minggu di balai raya kampung berkenaan di bawah tunjuk ajar fasilitator dari luar.

“Pembabitan Orang Asli khususnya belia dan suri rumah amat menggalakkan dan mereka menaruh minat untuk mendalami kemahiran kraf tangan membuat beg daripada seluar jean dan masakan kuih-muih,” katanya.




Demikianlah Artikel [LIPIS] MAHU ORANG ASLI UBAH HIDUP CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

Sekianlah artikel [LIPIS] MAHU ORANG ASLI UBAH HIDUP CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] MAHU ORANG ASLI UBAH HIDUP CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/lipis-mahu-orang-asli-ubah-hidup-ceburi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :