LELAKI MAUT KENA TEMBAK DI RUMAH

LELAKI MAUT KENA TEMBAK DI RUMAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LELAKI MAUT KENA TEMBAK DI RUMAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LELAKI MAUT KENA TEMBAK DI RUMAH
link : LELAKI MAUT KENA TEMBAK DI RUMAH

Baca juga


LELAKI MAUT KENA TEMBAK DI RUMAH




KAJANG: Seorang lelaki mati selepas terkena sedas tembakan di dahi ketika menghadiri satu perbincangan di sebuah rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras di sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 39 tahun dan berasal dari Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, ditemui dalam keadaan terbaring di tingkat 3 rumah terbabit dengan luka tembakan di tengah dahi dengan sepucuk revolver di tangan kanannya. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata siasatan mendapati mangsa datang ke rumah berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam untuk mengadakan satu perbincangan bersama 11 individu lain termasuk pemilik rumah terbabit. 

Katanya, rumah berkenaan adalah rumah teres setingkat yang diubah suai menjadi tiga tingkat dan kira-kira jam 3 pagi, pemilik rumah mendakwa mendengar bunyi tembakan di tingkat tiga yang dijadikan ruang riadah sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring. 

"Pemilik rumah yang juga lelaki berusia 54 tahun itu kemudian membuat satu laporan polis pada jam 5 pagi mendakwa mangsa menembak diri sendiri. 

"Namun siasatan yang dijalankan Bahagian Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pakar Forensik Patologi Hospital Serdang di tempat kejadian mengesahkan terdapat keraguan dalam kematian simati yang dikatakan membunuh diri itu. 

"Susulan itu, pihak forensik mengambil sampel untuk ujian sisa tembakan (GSR) ke atas 11 individu yang turut berada di tempat kejadian sebelum ditahan untuk membantu siasatan. Kita turut menahan dua wanita iaitu isteri pemilik rumah dan pembantu rumahnya," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. 

Katanya, kesemua yang ditahan berusia antara 30 hingga 59 tahun dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat. 

Othman berkata pistol yang digunakan dalam kejadian itu dirampas untuk dibuat ujian balistik dan polis masih meneruskan siasatan bagi memastikan motif kejadian. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.






Demikianlah Artikel LELAKI MAUT KENA TEMBAK DI RUMAH

Sekianlah artikel LELAKI MAUT KENA TEMBAK DI RUMAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LELAKI MAUT KENA TEMBAK DI RUMAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/lelaki-maut-kena-tembak-di-rumah.html

Subscribe to receive free email updates: