Lelaki dipenjara 7 bulan cium penguat kuasa DBKL saman kereta

Lelaki dipenjara 7 bulan cium penguat kuasa DBKL saman kereta - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki dipenjara 7 bulan cium penguat kuasa DBKL saman kereta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki dipenjara 7 bulan cium penguat kuasa DBKL saman kereta
link : Lelaki dipenjara 7 bulan cium penguat kuasa DBKL saman kereta

Baca juga


Lelaki dipenjara 7 bulan cium penguat kuasa DBKL saman kereta

 | March 22, 2017
Mangsa sedang meronda dan menyaman kenderaan bersama rakan setugasnya apabila didatangi tertuduh yang melarangnya mengeluarkan saman, sebelum mencium bibirnya.
jailedKUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 7 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencium seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang menjalankan tugas, bulan lalu.

Tertuduh Cesar Jamanulla, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mahyuddin Md Som selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan hari ini.
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan maksud mahu mencabul kehormatannya di hadapan Hotel Ansa, Bukit Bintang, Jalan Gading, dekat sini, jam 7.20 malam, 20 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat, atau mana-mana 2 daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Cesar yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia adalah penanggung tunggal keluarga.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, mangsa yang berusia 27 tahun itu sedang menjalankan tugas rondaan menyaman bersama rakan setugasnya apabila didatangi tertuduh yang melarangnya mengeluarkan saman.
Ketika mangsa hendak mengeluarkan saman untuk kereta terakhir, tertuduh sekali lagi datang dan mengatakan mangsa wanita yang cantik.
Mangsa tidak melayan tertuduh dan mengarahkannya memberi laluan untuk mengambil gambar kereta yang disaman, tetapi tertuduh bertindak memegang muka mangsa dan mencium bibirnya.

Mangsa menolak tertuduh, tetapi lelaki itu sekali lagi menerpa ke arahnya sehingga wanita itu menjerit memanggil rakan setugasnya yang kemudian menahan Cesar dan membawanya ke balai polis.
FMT


Demikianlah Artikel Lelaki dipenjara 7 bulan cium penguat kuasa DBKL saman kereta

Sekianlah artikel Lelaki dipenjara 7 bulan cium penguat kuasa DBKL saman kereta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki dipenjara 7 bulan cium penguat kuasa DBKL saman kereta dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/lelaki-dipenjara-7-bulan-cium-penguat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :