Judul : LEE CHONG WEI JUARA ALL ENGLAND
link : LEE CHONG WEI JUARA ALL ENGLAND
LEE CHONG WEI JUARA ALL ENGLAND
DATUK Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain muda China, Shi Yuqi 21-12, 21-10 pada pentas akhir Seluruh England di Arena Barclaycard, Birmingham, sebentar tadi.
Keputusan ini sekali gus menyaksikan Chong Wei berjaya menamatkan penantian tiga tahunnya untuk meraih kejuaraan terbabit setelah kali terakhir menang pada 2014.
Chong Wei sudah tiga kali menjuarai Seluruh England iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2014.
Dengan empat kemenangan selaku pemain perseorangan lelaki di Seluruh England, Chong Wei kini menyamai pencapaian yang pernah dilakar legenda badminton negara, mendiang Datuk Eddy Choong yang meraih kejuaraan sama pada 1953, 1954, 1956 dan 1957.
Penyokong Malaysia dan tempatan juga tidak putus-putus memberi sokongan kepada Chong Wei sehingga tamat perlawanan.
"Terima kasih kepada semua peminat, ini kali pertama saya melihat begitu ramai orang (penyokong) di final. All England adalah kejohanan kegemaran saya.
Ya (saya mahu beraksi di All England tahun depan)," kata Chong Wei selepas tamat perlawanan.
Demikianlah Artikel LEE CHONG WEI JUARA ALL ENGLAND
Sekianlah artikel LEE CHONG WEI JUARA ALL ENGLAND kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LEE CHONG WEI JUARA ALL ENGLAND dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/lee-chong-wei-juara-all-england.html