LAPORAN AKHIR MH370 DIJANGKA SIAP TAHUN INI

LAPORAN AKHIR MH370 DIJANGKA SIAP TAHUN INI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LAPORAN AKHIR MH370 DIJANGKA SIAP TAHUN INI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LAPORAN AKHIR MH370 DIJANGKA SIAP TAHUN INI
link : LAPORAN AKHIR MH370 DIJANGKA SIAP TAHUN INI

Baca juga


LAPORAN AKHIR MH370 DIJANGKA SIAP TAHUN INI


Liow Tiong Lai


Kajang - Laporan siasatan akhir mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014, dijangka siap tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan telah meminta Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi MH370 supaya menyiapkan laporan itu pada tahun ini.

"Setelah kami menggantung usaha pencarian, kami akan meminta Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO mengemukakan laporan akhir mengenai keseluruhan penyiasatan itu, laporan teknikal sepatutnya boleh disiapkan pada tahun ini. Kami berharap laporan akhir ini dapat dikeluarkan tahun ini juga," katanya.

Liow, yang juga presiden MCA, berkata demikian kepada pemberita di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) selepas merasmikan Pusat Kajian Sosial dan Dasar Tun Tan Cheng Lock di sini, semalam.

Turut hadir Canselor UTAR, Tun Dr Ling Liong Sik dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun. 

Liow diminta mengulas tentang perkembangan terkini MH370 setelah usaha pencarian digantung.

Beliau berkata usaha mencari pesawat Penerbangan MH370 tidak dihentikan terus kerana Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan semua negara pesisiran pantai di Afrika Selatan bagi mendapatkan bantuan mereka mencari serpihan pesawat berkenaan di kawasan pesisiran pantai.

"Sekiranya mereka menjumpai sebarang serpihan, mereka akan menghubungi kami, pasukan respons kami akan pergi mengambil serpihan itu.

"Baru-baru ini, kami mengambil dua serpihan dan kini, jumlah serpihan yang dikumpul ialah 27 keping," katanya sambil menjelaskan butiran lanjut tentang penemuan terbaharu itu akan diumumkan kemudian.

Pada 18 Januri lepas, Liow berkata operasi mencari pesawat Penerbangan MH370 yang meliputi kawasan seluas lebih 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi digantung selepas hampir tiga tahun ia hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Menurutnya usaha mencari pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang sehingga kini melibatkan kos US$112.47 juta (RM500 juta), akan hanya disambung sekiranya ada maklumat baharu dan bukti kukuh mengenainya.

Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang daripada skrin radar pada hari penerbangan itu dan susulan itu, misi mencari dilakukan secara berterusan di Lautan Hindi.




Demikianlah Artikel LAPORAN AKHIR MH370 DIJANGKA SIAP TAHUN INI

Sekianlah artikel LAPORAN AKHIR MH370 DIJANGKA SIAP TAHUN INI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LAPORAN AKHIR MH370 DIJANGKA SIAP TAHUN INI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/laporan-akhir-mh370-dijangka-siap-tahun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :