Judul : [KUANTAN] MERKURI TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH
link : [KUANTAN] MERKURI TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH
[KUANTAN] MERKURI TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH
Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang hari ini, mengambil masa 30 minit untuk membersihkan tumpahan merkuri di makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih di sini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 1 tengah hari tadi, walaupun kejadian dipercayai berlaku petang semalam.
"Tumpahan merkuri berlaku apabila pembantu makmal yang sedang melakukan kerja pembersihan secara tidak sengaja telah menjatuhkan satu termometer menyebabkannya pecah.
"Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan kerana semasa kejadian hanya seorang guru sains dan pembantu makmal berada di makmal berkenaan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Hilmi Kashfi berkata, lima anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi pembersihan dilakukan dengan menggunakan sulfur dan cecair peluntur bagi memastikan sisa tumpahan dibersihkan sepenuhnya.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] MERKURI TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH
Sekianlah artikel [KUANTAN] MERKURI TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] MERKURI TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/kuantan-merkuri-tumpah-di-makmal-sekolah.html