[KUANTAN] KES CULIK 'DATUK' DIPINDAH KE MAHKAMAH TINGGI

[KUANTAN] KES CULIK 'DATUK' DIPINDAH KE MAHKAMAH TINGGI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] KES CULIK 'DATUK' DIPINDAH KE MAHKAMAH TINGGI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] KES CULIK 'DATUK' DIPINDAH KE MAHKAMAH TINGGI
link : [KUANTAN] KES CULIK 'DATUK' DIPINDAH KE MAHKAMAH TINGGI

Baca juga


[KUANTAN] KES CULIK 'DATUK' DIPINDAH KE MAHKAMAH TINGGI


Kes culik 'datuk' dipindah ke Mahkamah Tinggi


Kes enam lelaki yang didakwa terlibat dalam penculikan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' bagi mendapatkan wang tebusan bernilai RM19 juta dua tahun lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Keputusan itu ditetapkan semalam, selepas kes disebut di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali dan dua Hakim Mahkamah Sesyen di sini, iaitu Datuk Unaizah Mohd dan Siti Aminah Ghazali.

Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan kerana menunggu tarikh yang akan ditentukan Mahkamah Tinggi.

Permohonan untuk memindahkan kes dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hassim yang memaklumkan beliau telah menerima izin pendakwaan bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Dalam kes ini, Ang Boon Leong, 40, Lim Sin Chye, 45, Low Sing Hwa, 29, dan Tham Hock Ann, 36, didakwa melarikan dan mengurung secara salah mangsa Chin Yoke Choon, 54.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta Hotel Seri Manja Boutique, Bandar Indera Mahkota di sini, pada 5.55 petang, 26 Disember 2015.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Selain itu, mereka juga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang iaitu 'Geng William' antara Januari 2015 hingga 4 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan iaitu boleh dihukum penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, dua lagi rakan mereka Choo Jia Lerk, 23, dan Liew Chee Hwa, 29, didakwa bergaul dengan Geng William tanpa sebab yang munasabah sekitar April 2015 hingga 19 November lalu mengikut Seksyen 130Y kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam S. Sundarajan dan Bob Arumugam mewakili tertuduh.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] KES CULIK 'DATUK' DIPINDAH KE MAHKAMAH TINGGI

Sekianlah artikel [KUANTAN] KES CULIK 'DATUK' DIPINDAH KE MAHKAMAH TINGGI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] KES CULIK 'DATUK' DIPINDAH KE MAHKAMAH TINGGI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/kuantan-kes-culik-datuk-dipindah-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :