[KUANTAN] KEKAL HARHA LAMA SEHINGGA STOK BAHARU SAMPAI

[KUANTAN] KEKAL HARHA LAMA SEHINGGA STOK BAHARU SAMPAI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] KEKAL HARHA LAMA SEHINGGA STOK BAHARU SAMPAI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] KEKAL HARHA LAMA SEHINGGA STOK BAHARU SAMPAI
link : [KUANTAN] KEKAL HARHA LAMA SEHINGGA STOK BAHARU SAMPAI

Baca juga


[KUANTAN] KEKAL HARHA LAMA SEHINGGA STOK BAHARU SAMPAI


Kekal harga lama sehingga stok baharu sampai


Peniaga di daerah ini masih lagi mengekalkan harga gula RM2.84 sekilogram (kg) meskipun barangan komoditi itu telah meningkat sebanyak 11 sen.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi iaitu di sekitar Beserah, Sungai Karang dan Sungai Isap mendapati harga lama masih dikekalkan di semua kedai runcit di kawasan terbabit.

Seorang peniaga di Beserah, Ng Hock Seng, 53, berkata, harga lama masih dikekalkan memandangkan bekalan gula sebelum ini masih belum dihabiskan.

Menurutnya, gula tidak boleh dinaikkan harga sewenang-wenangnya oleh peniaga meskipun harga baharu telah berkuat kuasa semalam.

“Bekalan gula di kedai saya semua harga lama. Jadi mana boleh saya terus naikkan harga sesuka hati.

“Kita kena ikut arahan daripada pihak berkuasa. Kadar gula baru akan berkuat kuasa bila saya dapat bekalan gula yang baru,” katanya ketika ditemui di kedainya di Jalan Beserah di sini, semalam.

Katanya, walaupun bekalan barangan komoditi itu masih banyak di kedainya, dia tidak mahu mengambil kesempatan untuk mengenakan kenaikan pada barangan terbabit.

Hock Seng berkata, dia amat memahami situasi hidup masyarakat pada hari ini, namun kenaikan harga barang terpaksa dilakukan sejurus dia mengambil bekalan baharu nanti.

“Bila gula sedia ada ni dah habis dan masuk bekalan baru, saya akan kenakan harga yang ditetapkan iaitu RM2.95 kg,” katanya.

Katanya, kenaikan harga gula berlaku peningkatan empat peratus sejak penyelarasan harga terakhir pada 2013.

“Sepanjang saya berniaga ini kenaikan kali ketiga,” katanya.

Bagi peniaga di Sungai Karang pula, Abu Bakar Mohamad, 47, mengakui penjualan barangan komoditi itu masih pada harga lama.

Katanya, harga RM2.84 sen dikekalkan memandangkan bekalan lama masih ada.

“Kita habiskan dulu bekalan yang sedia ada.. jual pada harga lama. Bila dah habis semua bekalan ini baru kita jual harga baru.

“Kita tak mahu pelanggan terkejut dengan harga baru ini. Jadi masa mereka (pelanggan) datang beli, saya akan bagi tahu harga gula dah naik,” katanya.

Seorang lagi peniaga di Sungai Isap, Borhan Ismail, 55, berkata, gula masih dijual pada harga lama.

Bagaimanapun katanya, sekiranya bekalan gula baharu sampai, dia akan mengenakan harga yang ditetapkan.

“Lepas ini, kita akan jual gula pada harga RM2.95,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] KEKAL HARHA LAMA SEHINGGA STOK BAHARU SAMPAI

Sekianlah artikel [KUANTAN] KEKAL HARHA LAMA SEHINGGA STOK BAHARU SAMPAI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] KEKAL HARHA LAMA SEHINGGA STOK BAHARU SAMPAI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/kuantan-kekal-harha-lama-sehingga-stok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :