Ketua Penerangan Ulama PAS, Khairuddin ziarah Dr. Asri, sarapan bersama

Ketua Penerangan Ulama PAS, Khairuddin ziarah Dr. Asri, sarapan bersama - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Penerangan Ulama PAS, Khairuddin ziarah Dr. Asri, sarapan bersama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Penerangan Ulama PAS, Khairuddin ziarah Dr. Asri, sarapan bersama
link : Ketua Penerangan Ulama PAS, Khairuddin ziarah Dr. Asri, sarapan bersama

Baca juga


Ketua Penerangan Ulama PAS, Khairuddin ziarah Dr. Asri, sarapan bersama




Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali hari ini menziarahi Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin di kediamannya di Kangar, Perlis.

Lawatan itu dibuat di tengah-tengah kehangatan isu debat melibatkan mereka berdua.

Ia bermula dengan ucapan keras Khairuddin yang menyifatkan mufti itu sebagai “pening” dan mahu “menyekeh” kepalanya jika berkata pindaan Akta 355 tidak wajib.

Pertemuan itu didedahkan oleh Asri melalui Facebook beliau.

Beberapa keping gambar mesra pertemuan itu turut dimuat naik, yang antaranya memaparkan mereka bersarapan martabak dan saling berbalas senyuman – imej yang berbeza sama sekali berbanding ketegangan di media sebelum ini.

Isu debat itu muncul selepas Khairuddin dalam ceramah di Kelantan hampir tiga minggu lalu berkata mahu berdebat dengan sesiapa sahaja berkaitan cadangan pindaan akta yang juga dikenali sebagai Akta 355.

Walaupun mengkritik keras Asri, beliau turut menyifatkan bahawa mufti itu sebagai “sahabat” dan “kawan baiknya”. Bahkan, katanya, mereka berdua turut belajar sekali.

Asri doakan keselamatan perjalanan Khairuddin

Berkaitan cadangan debat, Asri bagaimanapun hanya mahu berdepan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membawa usul untuk melipatgandakan hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 100 sebatan, 30 tahun penjara dan denda RM100,000.

Khairuddin pula, melalui wakil peribadinya semalam mahu berdepan dengan Asri terlebih dahulu sebelum pensyarah fikah dan usul fiqh Dr Rozaimi Ramle, yang mula-mula menyahut cabaran Khairuddin.

Asri dalam Facebook itu mengucapkan terima kasih atas ziarah ukhuwah Khairuddin, yang juga anggota parlimen Kuala Nerus.

“Beliau datang sendirian dari jauh atas persahabatan antara kami. Selama dua jam kami berbincang penuh harmoni dan cuba sering memahami sudut pandang masing-masing.

“Selepas ziarah beliau terus berangkat pulang ke Terengganu. Semoga Allah memberikan keselamatan untuk perjalanannya,” kata Asri.

Dalam status ringkas itu Asri bagaimanapun tidak menyentuh langsung berkaitan cadangan debat melibatkan mereka berdua.

Asri sebelum ini menjelaskan beliau menolak sikap kafir mengafir, memaki hamun atau melemparkan pelbagai gelaran kepada pihak yang tidak sependapat dengan cadangan pindaan PAS.

Beliau juga berkata bercakap soal keutamaan lain berbanding pindaan akta itu, seperti menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam.


Demikianlah Artikel Ketua Penerangan Ulama PAS, Khairuddin ziarah Dr. Asri, sarapan bersama

Sekianlah artikel Ketua Penerangan Ulama PAS, Khairuddin ziarah Dr. Asri, sarapan bersama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Penerangan Ulama PAS, Khairuddin ziarah Dr. Asri, sarapan bersama dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/ketua-penerangan-ulama-pas-khairuddin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :