Judul : KERANA MULUT CELUPAR TANGGUNG SENDIRI
link : KERANA MULUT CELUPAR TANGGUNG SENDIRI
KERANA MULUT CELUPAR TANGGUNG SENDIRI
Pas bertanding semua kerusi di Selangor
Mohd Zuhdi
KOTA BAHRU - Pas mengatur strategi menawan Selangor dengan tidak menolak kemungkinan meletakkan calon di semua kawasan yang memiliki 40 peratus pengundi Melayu.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, kajian parti itu mengambil kira senario politik semasa termasuk saingan tiga penjuru melibatkan Pas, BN dan Pakatan Harapan.
Beliau berkata, Pas Selangor juga hampir pasti menambah kerusi Dun dan Parlimen untuk ditandingi, termasuk meletakkan calon di kawasan yang ditandingi DAP dan MCA.
"Tidak dinafikan di Selangor tidak seperti negeri lingkaran (pengundi) Melayu, walaupun Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) menyindir kita, Pas ada strategi dengan menyasarkan untuk bertanding di kerusi yang berpotensi di mana pengundi Islam 40 peratus ke atas.
"Contohnya, Dun Sungai Pelek, Parlimen Sepang, disitu DAP lawan MCA, sebenarnya pengundi Melayu ramai, sekiranya parti itu terus tolak RUU 355, kita akan letak calon," katanya kepada pemberita selepas ceramah isu-isu semasa di Cherang, di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas mahu tawan Selangor]
Sebelum ini, Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan parti itu akan menjadikan Selangor termasuk lima negeri sebagai sasaran untuk ditawan dalam PRU14 nanti.
Kenyataan itu menyebabkan Azmin membuat serangan balas dengan menyindir Pas khususnya Nik Abduh yang berhasrat menawan Selangor walaupun kalah dalam pemilihan kawasan Pas Pengkalan Chepa.
Mengulas status kerusi Pas yang ditandingi PKR sebelum ini, Zuhdi berkata, keputusan itu bergantung kepada Muktamar Pas sama ada hubungan dua parti itu masih terjalin atau sebaliknya.
"Setakat ini kita masih ada hubungan, sekiranya muktamar buat keputusan putus hubungan, status quo kerusi itu akan hilang. Kalau muktamar dan majlis syura buat keputusan, bukan setakat Selangor, kerusi di Kelantan seperti Tanah Merah, Machang dan beberapa tempat lain juga kita ambil," katanya.
Ditanya peluang Pas untuk menang, Zuhdi berkata, parti itu mengharapkan tsunami politik Islam berlaku sebagaimana momentum yang sama terjadi kepada masyarakat Cina pada PRU13 yang lalu.
"kita akan menjana pengundi Islam, kalau PRU lalu, NGO Cina memberi sokongan, kita juga harap pada kali ini, NGO Islam, tokoh-tokoh agama boleh menjana Islam sekaligus memilih Pas.
"Bagi kami empat atau lima negeri selain 40 kerusi kerusi parlimen seperti mana yang disebut Presiden Pas, kalau Umno masih memerintah, kita akan jadi 'chek and balance' yang berkesan," katanya.
Demikianlah Artikel KERANA MULUT CELUPAR TANGGUNG SENDIRI
Sekianlah artikel KERANA MULUT CELUPAR TANGGUNG SENDIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KERANA MULUT CELUPAR TANGGUNG SENDIRI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/kerana-mulut-celupar-tanggung-sendiri.html