KAKAK LEGA ADIK SELAMAT DI PYONGYANG

KAKAK LEGA ADIK SELAMAT DI PYONGYANG - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KAKAK LEGA ADIK SELAMAT DI PYONGYANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KAKAK LEGA ADIK SELAMAT DI PYONGYANG
link : KAKAK LEGA ADIK SELAMAT DI PYONGYANG

Baca juga


KAKAK LEGA ADIK SELAMAT DI PYONGYANG




Kuala kangsar – Tiada yang lebih melegakan bagi seseorang kakak apabila mengetahui adiknya di Korea Utara berada dalam keadaan selamat.

S. Komala Theinmoli, 48, berkata perkhabaran gembira yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai nasib 11 rakyat Malaysia di Pyongyang sesuatu yang dinantikan.

“Saya berasa lega kerana kerajaan Korea Utara memberi jaminan adik saya dan yang lain-lain selamat. Khabar ini memang kami nanti-nantikan,” kata kakak kepada pegawai tadbir di pejabat Kedutaan Malaysia di Korea Utara, S. Nirmala Malar Kodi, ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Highlands di sini semalam.

Perdana menteri hari ini berkata kerajaan Korea Utara memberi jaminan kesemua 11 rakyat Malaysia di Pyongyang selamat dan bebas menjalani kehidupan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya rakyat Malaysia masih belum dibenarkan meninggalkan negara itu.

Sehubungan itu, Komala yang merupakan peniaga di pasar awam di sini menaruh sepenuh harapan agar kerajaan dapat membawa pulang adiknya dan rakyat Malaysia yang lain dengan segera serta selamat.

“Saya percaya kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana,” katanya.

Menurut Komala adiknya ada menghubungi mereka pada malam Selasa lalu dan memberitahu dia serta semua rakyat Malaysia dalam keadaan selamat.

Sebelas rakyat Malaysia termasuk tiga pegawai kedutaan dihalang daripada meninggalkan Korea Utara sebagai tindak balas sejurus Malaysia mengusir keluar dutanya, Kang Chol selepas diisytiharkan sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan.

Namun dua rakyat Malaysia yang sedang mengikuti Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah dibenarkan keluar dari Pyongyang dan kini telah selamat tiba di Beijing.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Chol, dilaporkan secara meluas di media sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.




Demikianlah Artikel KAKAK LEGA ADIK SELAMAT DI PYONGYANG

Sekianlah artikel KAKAK LEGA ADIK SELAMAT DI PYONGYANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KAKAK LEGA ADIK SELAMAT DI PYONGYANG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/kakak-lega-adik-selamat-di-pyongyang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :