‘JPA tak arah henti bekal ubat kepada pesara kerajaan’

‘JPA tak arah henti bekal ubat kepada pesara kerajaan’ - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘JPA tak arah henti bekal ubat kepada pesara kerajaan’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘JPA tak arah henti bekal ubat kepada pesara kerajaan’
link : ‘JPA tak arah henti bekal ubat kepada pesara kerajaan’

Baca juga


‘JPA tak arah henti bekal ubat kepada pesara kerajaan’

 | March 3, 2017
Melalui e-MASS, Oratis Rx Sdn Bhd menjadi perantara di antara JPA dan pesara kerajaan bagi mendapatkan bekalan ubat dan alatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan hospital atau klinik kerajaan.
jpa_orxt_new_62
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Oratis Rx Sdn Bhd untuk memberhentikan terus kemudahan bekalan ubat dan alatan perubatan kepada pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta tanggungannya.

Syarikat itu ketika mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan hari ini berkata, sebaliknya segala urusan pembekalan ubat dan alatan perubatan kepada pesara dan veteran ATM selepas 27 Februari lalu akan diuruskan kerajaan tanpa melalui sistem Electronic Medical Automation Supply System (e-MASS).
“Kontrak perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara awam persekutuan dan veteran ATM melalui sistem e-MASS yang bermula 26 Januari 2012 tamat tempoh pada 27 Januari lalu.

“Bagaimanapun, perkhidmatan ini dilanjutkan secara interim sehingga 27 Februari 2017,” menurut kenyataan itu bagi menjelaskan dakwaan yang ditularkan kononnya JPA menghentikan pemberian kemudahan bekalan ubat dan alat perubatan kepada golongan itu.

Syarikat itu berkata, berikutan penamatan kontrak berkenaan, satu notis makluman dalaman sudah diedarkan kepada pembekal berdaftar Oratis Rx Sdn Bhd untuk memberhentikan semua pembekalan ubat dan peralatan perubatan melalui sistem e-Mass berkuat kuasa 28 Februari lalu.

Menurut kenyataan itu, notis tersebut untuk edaran dalaman dan bukan ditujukan kepada pesara kerajaan dan veteran ATM.
“Kami memohon maaf di atas sebarang kekeliruan yang timbul dan kami menyokong penuh sebarang keputusan kerajaan bagi menambah baik urusan pembekalan ubat dan alatan perubatan demi kesejahteraan pesara dan veteran ATM,” kata kenyataan itu.

Melalui e-MASS, syarikat itu menjadi perantara di antara JPA dan pesara awam persekutuan bagi mendapatkan bekalan ubat dan peralatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan hospital atau klinik kerajaan.

Pesakit bagaimanapun perlu membuat bayaran pembelian terlebih dahulu dan selepas itu membuat tuntutan bayaran balik ke JPA dengan mengemukakan resit pembelian.

Semalam, JPA dilaporkan menegaskan kemudahan bekalan ubat dan alatan perubatan untuk pesara awam persekutuan dan veteran berpencen tidak diberhentikan seperti yang ditularkan.
JPA berkata, kemudahan bekalan ubat dan alat perubatan masih boleh diperoleh melalui preskripsi pegawai perubatan kerajaan di kemudahan Kementerian Kesihatan dan hospital universiti.
FMT


Demikianlah Artikel ‘JPA tak arah henti bekal ubat kepada pesara kerajaan’

Sekianlah artikel ‘JPA tak arah henti bekal ubat kepada pesara kerajaan’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘JPA tak arah henti bekal ubat kepada pesara kerajaan’ dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/jpa-tak-arah-henti-bekal-ubat-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :