Jangan ugut guru hanya kerana bersuara, kata ahli Parlimen pembangkang

Jangan ugut guru hanya kerana bersuara, kata ahli Parlimen pembangkang - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan ugut guru hanya kerana bersuara, kata ahli Parlimen pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan ugut guru hanya kerana bersuara, kata ahli Parlimen pembangkang
link : Jangan ugut guru hanya kerana bersuara, kata ahli Parlimen pembangkang

Baca juga


Jangan ugut guru hanya kerana bersuara, kata ahli Parlimen pembangkang

 FMT| March 27, 2017
Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata penjawat awam, termasuk guru, memainkan peranan menegur kerajaan seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri Tun Abdul Razak
DEWAN RAKYAT
hanipa-guru
KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen hari ini membidas Kementerian Pendidikan yang didakwa mengugut guru yang mengkritik kerajaan dan menyokong pembangkang.
Mereka berkata, kerajaan sepatutnya mendengar suara mereka dan melihatnya sebagai kritikan membina.

“Memberi kritikan adalah perkara yang baik. Mengapa di Malaysia apabila ada pihak membangkang, kita nak hukum mereka?” soal Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga mempersoalkan pemberian surat tunjuk sebab kepada 5 orang guru kerana didakwa “menghentam kerajaan di pentas pembangkang”, seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Ia susulan kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam yang menasihatkan guru yang berpolitik supaya tidak melanggar peraturan penjawat awam atau berhenti daripada perkhidmatan tersebut.

Menurut laporan itu, Mahdzir berkata mereka diberi masa 2 minggu bagi menjawab surat itu.
“Ini (surat tunjuk sebab) tidak perlu. Sudah tiba masa kita toleran dengan pegawai kerajaan dan jika mereka ada rasa tidak puas hati, kita berbincang dengan mereka,” katanya.

Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) pula memetik kembali kata-kata Perdana Menteri Malaysia ke-II Tun Abdul Razak berhubung peranan penjawat awam sebagai unsur “semak dan imbang”.
“Tun Razak pernah berkata, ‘penjawat awam perlu bersuara terhadap ahli politik, dan tidak membenarkan diri mereka dikawal oleh kami (ahli politik)’.

“Ini kata-kata Tun Razak, bukannya ugut penjawat awam,” katanya.
Mahdzir di Twitter hari ini nafi membuat ugutan tetapi nasihat kepada para guru yang mengkritik kerajaan agar tidak keterlaluan sehingga terdapat unsur memfitnah kerajaan.


Demikianlah Artikel Jangan ugut guru hanya kerana bersuara, kata ahli Parlimen pembangkang

Sekianlah artikel Jangan ugut guru hanya kerana bersuara, kata ahli Parlimen pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan ugut guru hanya kerana bersuara, kata ahli Parlimen pembangkang dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/jangan-ugut-guru-hanya-kerana-bersuara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :