Judul : Felda lantik firma asing nilai aset untuk dijual
link : Felda lantik firma asing nilai aset untuk dijual
Felda lantik firma asing nilai aset untuk dijual
Felda memutuskan untuk menjual aset di luar negara yang tidak menjana keuntungan bagi meningktkan aliran tunai
KUALA LUMPUR: Felda melantik sebuah firma berpusat di London untuk membuat penilaian bagi penjualan asetnya di ibu kota Britain itu.
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata firma itu kini dalam peringkat awal menilai aset yang akan dijual seperti diumum sebelum ini.
“Apabila penilaian telah dibuat, kita akan balik semula kepada lembaga dan tawaran akan dibuat secara tender terbuka pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dengan Open University Malaysia (OUM) di sini hari ini.
Sebelum ini Shahrir berkata Felda memutuskan untuk menjual aset di luar negara yang tidak menjana keuntungan bagi meningkatkan aliran tunai.
Antaranya aset yang akan dijual ialah hotel di London kerana nilainya dikatakan mengalami penyusutan mendadak.
FMT
Demikianlah Artikel Felda lantik firma asing nilai aset untuk dijual
Sekianlah artikel Felda lantik firma asing nilai aset untuk dijual kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Felda lantik firma asing nilai aset untuk dijual dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/felda-lantik-firma-asing-nilai-aset.html