Judul : DARI BAPAK SAMPAI KE ANAK JAHILIYAH AGAMA
link : DARI BAPAK SAMPAI KE ANAK JAHILIYAH AGAMA
DARI BAPAK SAMPAI KE ANAK JAHILIYAH AGAMA
Pas tak wajar jadikan agama sebagai alasan
Zairil Khir Johari
SHAH ALAM - Pas perlu realistik sebagai parti politik agar dasar dan ideologi dapat diselaraskan.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari berkata, parti politik yang berlandaskan prinsip agama tidak mendatangkan masalah, namun tidak perlu mempergunakan agama untuk keuntungan politik.
"Perkara itu yang kita nak bezakan. Apabila tindakan tidak konsisten dilakukan, agama digunakan sebagai alasan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beberapa hari lalu, Zairil melalui blognya, mempertikaikan kewajaran Pas untuk terus berada dalam politik negara sekiranya parti itu lebih berminat bercakap mengenai keredaan ALLAH berbanding strategi untuk menang dalam pilihan raya.
Menurut Zairil, tulisan itu adalah lebih kepada menyatakan hasratnya, persoalan sama ada Pas serius dalam politik atau sekadar ingin berdakwah.
"Tak salah nak berdakwah, selalunya, matlamat kita mencari kemenangan. Dalam politik pun sama, kalau tak menang macam mana nak ubah dasar dan selaraskan ideologi dengan polisi?" katanya lagi.
Katanya, beliau juga menimbulkan hipokrasi atau dwi-standard yang jelas tentang kenyataan Pas sebelum ini yang menegaskan tidak akan berganding dengan parti sekular dan sebagainya, namun Pas sendiri pernah bekerjasama dengan DAP selama 10 tahun.
"Ketika hayatnya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkali-kali mempertahankan kerjasama dengan DAP, kini setelah pemergiannya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menentang keras permuafakatan dengan DAP kononnya atas alasan prinsip.
"Apakah prinsipnya berbeza dengan Nik Aziz? Atau soalan yang lebih tepat, siapa sebenarnya yang lebih mengutamakan permainan politik berbanding prinsip? Kata berprinsip, tapi lidah bercabang? Itu bukan agama itu politik,"katanya.
Tambah Zairil, tidak salah untuk bertukar rakan kongsi salam politik kerana semua itu lumrah.
"Namun jangan pula campur adukkan kononnya prinsip agama dan sebagainya. Ia nya berbeza antara perjuangan politik dgn perjuangan agama," katanya.
Demikianlah Artikel DARI BAPAK SAMPAI KE ANAK JAHILIYAH AGAMA
Sekianlah artikel DARI BAPAK SAMPAI KE ANAK JAHILIYAH AGAMA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DARI BAPAK SAMPAI KE ANAK JAHILIYAH AGAMA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/dari-bapak-sampai-ke-anak-jahiliyah.html