Biar kami bantu SPR daftar pengundi, kata Bersih

Biar kami bantu SPR daftar pengundi, kata Bersih - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biar kami bantu SPR daftar pengundi, kata Bersih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biar kami bantu SPR daftar pengundi, kata Bersih
link : Biar kami bantu SPR daftar pengundi, kata Bersih

Baca juga


Biar kami bantu SPR daftar pengundi, kata Bersih

 FMT| March 4, 2017
Bersih 2.0 menghantar surat memohon status penolong pendaftar pemilih kepada SPR pada 28 Februari lalu
mandeep
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 bulan lepas memohon status penolong pendaftar pemilih (ARO) daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi membolehkan badan itu mendaftarkan rakyat sebagai pengundi.
Pengurus Sekretariat Bersih Mandeep Singh memaklumkan surat permohonan dihantar kepada SPR pada 28 Februari lalu.

“Kami boleh membantu SPR untuk mendaftarkan mereka yang layak sebagai pengundi,” katanya kepada pemberita ketika kempen daftar mengundi anjuran NGO itu hari ini.
“Setakat ini belum ada maklum balas tetapi kita akan membuat susulan minggu depan,” katanya kepada FMT.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan setakat Februari lalu, sejumlah 4.1 juta warga Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar sebagai pengundi, dengan majoritinya golongan muda sekitar 21 tahun.
Beliau berkata, kenyataan tersebut memberikan lebih sebab kepada SPR untuk meluluskan permohonan Bersih.
“Kami boleh membuat mobilisasi di seluruh negara bagi proses pendaftaran,” katanya lagi.

Menurut laporan Sinar Harian Online hari ini, Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah berkata mereka tidak boleh berbuat apa-apa selain “memberi galakan” kepada mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi, walaupun layak berbuat demikian.

Peguam terkemuka Datuk S Ambiga turut menggesa SPR memberikan status ARO kepada Bersih, meningkatkan kempen kesedaran dan memudahkan lagi proses pendaftaran orang ramai.
“Jika pengerusi SPR benar-benar risau, beliau perlu ambil tindakan segera,” katanya.

Bersih sebelum ini pernah mengecam SPR kerana tidak menyambung status ARO dan menyekat proses pendaftaran ARO dari NGO dan parti politik pada hujung 2013, menyebabkan jumlah pengundi baru turun mendadak untuk suku pertama tahun berikutnya


Demikianlah Artikel Biar kami bantu SPR daftar pengundi, kata Bersih

Sekianlah artikel Biar kami bantu SPR daftar pengundi, kata Bersih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biar kami bantu SPR daftar pengundi, kata Bersih dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/biar-kami-bantu-spr-daftar-pengundi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :