Judul : AYAM GERGASI BUAT NETIZAN TERGAMAM
link : AYAM GERGASI BUAT NETIZAN TERGAMAM
AYAM GERGASI BUAT NETIZAN TERGAMAM
Klip video seekor ayam gergasi menggemparkan pengguna laman sesawang kerana memiliki saiz yang berbeza daripada spesies kebiasaannya.
Klip berkenaan pertama kali dimuat naik pada 17 Mac lalu menerusi laman Facebook oleh sekumpulan pengguna yang khusus dalam penternakan ayam gergasi.
Menurut portal Daily Mail, ayam gergasi itu milik seorang warga Kosovo iaitu Fitim Sejfijaj dan haiwan berkenaan pula dikenali sebagai Merakli.
Ia merupakan ayam dari jenis spesis Brahma yang memang terkenal dengan saiz tubuhnya yang besar.
Difahamkan ayam dari jenis ini mempu mencapai berat sehingga lapan kilogram (kg) bagi yang jantan berbanding spesisnya yang lain yang rata-ratanya hanya memiliki berat dari 0.6kg hingga 3.6kg sahaja.
Video Merakli berjaya meraih sebanyak 81 juta tontonan dan mendatangkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Seorang pengguna internet, Gregg Clayton berkata dia menyangka ayam itu adalah manusia di dalam kostum.
Manakala Chris Mapa pula berkata: “Saya menjangkakan lagu tema Jurassic Park dan bunyi T-Rex ketika haiwan ini keluar”.
Demikianlah Artikel AYAM GERGASI BUAT NETIZAN TERGAMAM
Sekianlah artikel AYAM GERGASI BUAT NETIZAN TERGAMAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AYAM GERGASI BUAT NETIZAN TERGAMAM dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/ayam-gergasi-buat-netizan-tergamam.html