AS mula bedil masjid

AS mula bedil masjid - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AS mula bedil masjid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AS mula bedil masjid
link : AS mula bedil masjid

Baca juga


AS mula bedil masjid

Sinar Harian
AS mula bedil masjid
Anggota penyelamat menggali runtuhan struktur masjid yang musnah akibat serangan AS untuk mencari mangsa terperangkap
BEIRUT - SYRIA. Sekurang-kurangnya 42 terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera selepas sebuah masjid di utara Syria menjadi sasaran bedilan serangan udara Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Ketua Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman berkata, kebanyakan yang terkorban adalah orang awam dan ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan masjid di perkampungan al-Jineh, lebih 30 kilometer barat Aleppo.
Susulan serangan berdarah itu, anggota keselamatan dilaporkan giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (Sar) mangsa.

Sementara itu, tentera AS mengesahkan mereka melakukan serangan udara itu dan akan menyiasat laporan yang mendakwa lebih 40 orang awam maut apabila sebuah masjid dibedil.

"Kami tidak menyasarkan masjid tetapi bangunan menjadi tempat pertemuan anggota militan al-Qaeda terletak kira-kira 15 meter dari lokasi kejadian," kata jurucakap Pusat Perintah AS (Centcom), Kolonel John J Thomas.
Jelasnya, mereka akan menyemak semula dakwaan kematian orang awam dikaitkan serangan udara itu.

Terdahulu, Centcom memaklumkan beberapa anggota militan terbunuh dalam serangan menyasarkan lokasi mesyuarat al-Qaeda di Idlib, namun tidak menyatakan lokasi operasi itu. - AFP


Demikianlah Artikel AS mula bedil masjid

Sekianlah artikel AS mula bedil masjid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AS mula bedil masjid dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/as-mula-bedil-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :