'APA NAK HAIRAN, SAYA BIASA TUNGGANG BASIKAL'

'APA NAK HAIRAN, SAYA BIASA TUNGGANG BASIKAL' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'APA NAK HAIRAN, SAYA BIASA TUNGGANG BASIKAL', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'APA NAK HAIRAN, SAYA BIASA TUNGGANG BASIKAL'
link : 'APA NAK HAIRAN, SAYA BIASA TUNGGANG BASIKAL'

Baca juga


'APA NAK HAIRAN, SAYA BIASA TUNGGANG BASIKAL'


'Apa nak hairan, saya biasa tunggang basikal'


Subang Jaya – “Apa nak dihairankan, saya memang biasa tunggang basikal meninjau masalah dan isu setempat, tak sangka pula ada orang rakam hingga tular di media sosial,” kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian berkata, inisiatif itu dilakukan untuk melihat dengan lebih dekat isu serta masalah diadu dan dihadapi masyarakat setempat.

Menurutnya, beliau tidak menyangka empat keping foto beliau menunggang basikal seorang diri melalui jalan raya dan lorong belakang premis komersil dirakam tanpa disedarinya.

Foto-foto tersebut turut menjadi tular dan menerima reaksi positif serta perkongsian netizen.

Nor Hisham berkata, rutin itu dimulakan sejak awal tahun lalu.

Katanya, beliau bukan tidak mahu menaiki kereta namun menunggang basikal membolehkannya terus ke tempat dituju yang tidak boleh dilalui kenderaan.

“Saya memang dah biasa kayuh basikal Sabtu dan Ahad sambil meninjau mana-mana kawasan bermasalah serta sering terima aduan.

"Pagi tadi saya ambil keputusan meronda di USJ 11, USJ 13 dan USJ 9 untuk lihat kutipan sampah di situ.

“Dalam masa sejam meronda, saya jumpa tempat pembiakan tikus di belakang lorong premis komersil dan berjaya ‘cekup’ pekerja kontraktor kutipan sampah yang buat kerja tak sempurna,” katanya perkara itu akan dipanjangkan kepada jabatan berkenaan.

Tambah Nor Hisham lagi, kakitangannya tidak tahu ke mana beliau pergi ketika menyorong basikal dari pejabatnya di Ibu Pejabat MPSJ, di USJ 5, di sini.

“Bila ada kakitangan MPSJ nampak saya tolak basikal dan tanya nak ke mana, saya akan jawab nak pergi jalan-jalan cari makan.

“Kalau tempat tu jauh, biasanya saya letak basikal lipat dalam kereta, naik kenderaan dan meronda dengan basikal bila sampai lokasi," katanya lagi.

Sebelum itu, gambar beliau memakai baju kemeja bercorak kotak, bertopi, berseluar ‘slack’ dan memakai kasut mengayuh basikal di kawasan premis komersil di sekitar USJ di sini dirakam orang ramai.

Gambar yang turut menunjukkan Nor Hisham mengayuh basikal di lorong belakang premis itu tular sejak pagi semalam.




Demikianlah Artikel 'APA NAK HAIRAN, SAYA BIASA TUNGGANG BASIKAL'

Sekianlah artikel 'APA NAK HAIRAN, SAYA BIASA TUNGGANG BASIKAL' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'APA NAK HAIRAN, SAYA BIASA TUNGGANG BASIKAL' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/apa-nak-hairan-saya-biasa-tunggang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :