Judul : Anak Jong-nam mungkin sasaran seterusnya, kata bekas duta
link : Anak Jong-nam mungkin sasaran seterusnya, kata bekas duta
Anak Jong-nam mungkin sasaran seterusnya, kata bekas duta
11/3/17
Seorang bekas diplomat Korea Utara telah memberi amaran bahawa Kim Han-sol yang berusia 22 tahun mungkin menjadi sasaran bunuh seterusnya selepas pembunuhan bapanya Kim Joang-nam di KLIA2 pada 13 Februari lalu.
Agensi berita Korea Selatan Yonhap, memetik laporan berita Jepun, yang memetik Thae Yong-ho, yang juga bekas menteri di kedutaan Korea Utara London, sebagai berkata Han-sol boleh menjadi penghalang kepada usaha bapa saudaranya memegang kuasa.
"Di sebalik semua itu, ada keinginan Kim Jong-un untuk mengukuhkan legitimasinya sebagai pemimpin," Thae dilaporkan memberitahu wartawan Jepun di Seoul pada hari Rabu.
Beliau berkata, Jong-nam telah menjadi "halangan terbesar" kepada Jong-un untuk terus berkuasa untuk jangka panjang di Korea Utara, yang menurut Thae, telah "banyak dipengaruhi budaya Confucian".
"Penerimaan Kim Jong-nam diwawancara media asing, meningkatkan lagi kemungkinan kehadirannya diketahui di dalam Korea Utara, yang membebankan Kim Jong-un," katanya.
Walaupun Jong-nam telah mati, namun anaknya, Han Sol, juga boleh menjadi masalah bagi Jong-un, bekas diplomat itu dipetik sebagai berkata.
Menurut laporan Yonhap itu, Thae mendakwa Han-sol adalah "seorang yang tidak boleh diterima dari perspektif Kim Jong-un".
Beliau memberi amaran: "Sama-samalah tengok nanti tentang kemungkinan bagaimana survivalnya."
Amaran Thae itu dibuat selepas pengumuman video yang menunjukkan seorang lelaki yang mengaku sebagai Han-sol. Klip 40 saat itu telah dihantar kepada Channel NewsAsia oleh kumpulan yang menamakan dirinya sebagai Cheollima Civil Defense.
Malaysiakini
Demikianlah Artikel Anak Jong-nam mungkin sasaran seterusnya, kata bekas duta
Sekianlah artikel Anak Jong-nam mungkin sasaran seterusnya, kata bekas duta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anak Jong-nam mungkin sasaran seterusnya, kata bekas duta dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/anak-jong-nam-mungkin-sasaran.html