Amanah saran kerajaan tiru sistem ‘pertuduhan pemecatan’ Korea Selatan

Amanah saran kerajaan tiru sistem ‘pertuduhan pemecatan’ Korea Selatan - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah saran kerajaan tiru sistem ‘pertuduhan pemecatan’ Korea Selatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah saran kerajaan tiru sistem ‘pertuduhan pemecatan’ Korea Selatan
link : Amanah saran kerajaan tiru sistem ‘pertuduhan pemecatan’ Korea Selatan

Baca juga


Amanah saran kerajaan tiru sistem ‘pertuduhan pemecatan’ Korea Selatan

 | March 16, 2017
Mohamed Hanipa Maidin berkata, berkata, Perlembagaan Persekutuan atau Perintah Tetap Parlimen boleh dipinda bagi memasukkan peruntukan itu.
DEWAN RAKYAT
Mohamed-Hanipa-Maidin
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin hari ini mencadangkan Malaysia mencontohi sistem “pertuduhan pemecatan” yang diguna pakai beberapa negara lain, termasuk Korea Selatan.
Peguam itu berkata, Perlembagaan Persekutuan atau Perintah Tetap Parlimen boleh dipinda bagi memasukkan peruntukan itu.

“Ada banyak negara yang boleh ditiru, seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
“Pertuduhan pemecatan” adalah proses pendakwaan terhadap pemimpin tertinggi negara melalui undi ahli Parlimen, sebelum dibawa ke mahkamah khusus.

Lazimnya, pemimpin ke-2 tertinggi akan mengambil alih kedudukan pemimpin negara yang dipecat, berbeza dengan undi tidak percaya yang memberi peluang mana-mana pemimpin yang meraih sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.
Hanipa mengambil contoh sistem di Korea Selatan yang menyaksikan pemecatan Park Geun Hye daripada jawatan presiden selepas terpalit skandal rasuah.

“Beliau masih diberi peluang membela diri dan membuat periksa balas terhadap saksi yang memberikan keterangan.
“Malah, selepas itu, Mahkamah Perlembagaan masih perlu mengesah atau menolak keputusan Parlimen. Ini menunjukkan model Korea Selatan ini adil dan boleh dijadikan model,” katanya.

Pada 10 Mac lalu, mahkamah di Korea Selatan mengekalkan keputusan Parlimen untuk mendakwa Park, dengan 234 daripada 300 ahli Parlimen menyokong.
Hanipa berkata, tidak salah mencontohi undang-undang negara lain kerana ini bukan kali pertama Malaysia berbuat demikian.
“Undang-undang tanah kita berdasarkan sistem Torrens dari Australia, dan Kanun Keseksaan kita 100% sama dengan India,” kata ketua Biro Undang-undang Amanah itu.

Beliau berharap langkah itu dapat mengukuhkan Parlimen sebagai mekanisme “semak dan imbang”.
FMT


Demikianlah Artikel Amanah saran kerajaan tiru sistem ‘pertuduhan pemecatan’ Korea Selatan

Sekianlah artikel Amanah saran kerajaan tiru sistem ‘pertuduhan pemecatan’ Korea Selatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah saran kerajaan tiru sistem ‘pertuduhan pemecatan’ Korea Selatan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/amanah-saran-kerajaan-tiru-sistem.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :