1 MAUT, 5 CEDERA kerana Sebuah Kereta Memandu Lawan Arus di Lebuhraya

1 MAUT, 5 CEDERA kerana Sebuah Kereta Memandu Lawan Arus di Lebuhraya - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1 MAUT, 5 CEDERA kerana Sebuah Kereta Memandu Lawan Arus di Lebuhraya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1 MAUT, 5 CEDERA kerana Sebuah Kereta Memandu Lawan Arus di Lebuhraya
link : 1 MAUT, 5 CEDERA kerana Sebuah Kereta Memandu Lawan Arus di Lebuhraya

Baca juga


1 MAUT, 5 CEDERA kerana Sebuah Kereta Memandu Lawan Arus di Lebuhraya


PERMATANG PAUH - Seorang lelaki maut manakala lima yang lain cedera dalam satu kejadian kemalangan membabitkan empat buah kereta, sebuah van kilang dan sebuah motosikal di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Sungai Dua pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan tersebut kira-kira jam 7.50 pagi tadi.


"Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Gen2 dipercayai memandu dengan melawan arus dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Dua menghala ke Butterworth, apabila tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu seorang wanita itu kemudiannya dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu mangsa yang berumur lingkungan 26 tahun itu.

"Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan pada masa sama berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki," katanya.



Katanya, pada masa sama, kereta jenis Proton Gen2 itu hilang kawalan dan menyebabkan ianya berpusing dan melanggar dengan dua buah kereta dan sebuah van kilang.

"Mangsa yang memandu Perodua Kelisa tersebut dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli berusia 26 tahun itu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat," katanya.

Katanya, mangsa lain yang terlibat mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya.

"Pemandu Gen2 kini masih ditahan dan kini sedang dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

"Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Demikianlah Artikel 1 MAUT, 5 CEDERA kerana Sebuah Kereta Memandu Lawan Arus di Lebuhraya

Sekianlah artikel 1 MAUT, 5 CEDERA kerana Sebuah Kereta Memandu Lawan Arus di Lebuhraya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1 MAUT, 5 CEDERA kerana Sebuah Kereta Memandu Lawan Arus di Lebuhraya dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/1-maut-5-cedera-kerana-sebuah-kereta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :