Judul : [Video] Terdesaknya Najib Sampai Nak Rampas Kuasa YD AGONG? 'IMPEACHMENT' perlu mengawal KUASA PM.
link : [Video] Terdesaknya Najib Sampai Nak Rampas Kuasa YD AGONG? 'IMPEACHMENT' perlu mengawal KUASA PM.
[Video] Terdesaknya Najib Sampai Nak Rampas Kuasa YD AGONG? 'IMPEACHMENT' perlu mengawal KUASA PM.
Rabu, 15 Februari 2017"IMPEACHMENT" PERLU MENGAWAL KUASA PERDANA MENTERI
1. Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri perlu dikawal selia denga mewujudkan saluran atau undang-undang khas bagi membolehkan tindakan eksekutif mereka dicabar (impeach), yang telah terbukti berjaya keberkesanan pelaksanaannya di beberapa buah negara.
2. Negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan boleh menjadi teladan yang baik di mana peruntukan mencabar tindakan eksekutif telah begitu digeruni oleh Presiden terlibat dalam pelbagai skandal rasuah, jenayah dan salah laku dalam urus tadbir negara.
3. Bekas-bekas Presiden US seperti Andrew Johnson, Bill Clinton dan Richard Nixon pernah dikenakan tindakan impeachment yang menyaksikan mereka tidak kebal dan bebas sewenangnya apabila terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi yang menjejaskan intergriti negara dan rakyat.
4. Yang menariknya sekarang, Presiden Korea Selatan , Park Geun-Hye sedang bertarung dalam Parlimen di mana tindakan impeachment sedang dihadapkan ke atas beliau melibatkan beberapa isu salahguna kuasa yang berkaitan kepentingan awam.
5. Lebih menarik juga , Presiden Donald Trump turut mengundang dirinya sendiri untuk dilakukan impeachment oleh Ahli-ahli Kongres akibat daripada polisinya menghalang orang-orang Islam dari 7 buah negara memasuki Amerika Syarikat.
6. Di Malaysia, perkara sebegini tidak diperuntukkan di dalam mana-mana akta atau peraturan. Justeru, untuk menjalankan tindakan impeachment mungkin memerlukan Perlembagaan dipinda atau Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat diolah semula bagi tujuan pelaksanaanya.
7. Kelebihan Undang-undang Impeachment ialah memberikan kuasa kepada Parlimen untuk menjalankan peranan semak dan imbang kepada kuasa Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sekiranya mereka terlibat dengan pelbagai skandal salahguna kuasa. Ini juga akan mengangkat wibawa dan intergriti Parlimen di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa.
8. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada penggubal undang-undang iaitu Ahli-ahli Parlimen, pengamal undang-undang yang berpengaruh seperti para hakim, peguam dan cendekiawan perundangan tampil memberi buah fikiran demi kepentingan rakyat dan negara untuk bangun bersuara dan berjuang mewujudkan kaedah atau Undang-undang Impeachment di negara tercinta ini.
"Amanah Demi Malaysia"
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH)
15 Februari 2017
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH)
15 Februari 2017
Demikianlah Artikel [Video] Terdesaknya Najib Sampai Nak Rampas Kuasa YD AGONG? 'IMPEACHMENT' perlu mengawal KUASA PM.
Sekianlah artikel [Video] Terdesaknya Najib Sampai Nak Rampas Kuasa YD AGONG? 'IMPEACHMENT' perlu mengawal KUASA PM. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video] Terdesaknya Najib Sampai Nak Rampas Kuasa YD AGONG? 'IMPEACHMENT' perlu mengawal KUASA PM. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/video-terdesaknya-najib-sampai-nak.html