[Video] Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang? Duta: Polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek

[Video] Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang? Duta: Polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video] Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang? Duta: Polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video] Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang? Duta: Polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek
link : [Video] Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang? Duta: Polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek

Baca juga


[Video] Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang? Duta: Polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek

Isnin, 20 Februari 2017

Duta: Polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek


Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang selepas pembunuhan Kim Jong-nam minggu lalu.
Hari ini, duta Korea Utara Kang Chol mendakwa polis negara ini mengancam anggota keluarga seorang rakyatnya dan memukul anaknya ketika menyerbu sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Pada sidang media di Kedutaan Korea Utara, Kang Chol membacakan kenyataan lima halamannya, yang antaranya menyebut:
“Malam Jumaat lalu, polis Malaysia berpakaian biasa menyerbu sebuah kondominium rakyat kami di Kuala Lumpur dan tanpa sebarang waran atau bukti secara paksa menahan serta mengumumkan mereka menahan perancang (kes Jong-nam) sebelum sebarang siasatan bermula.
“Mereka malah mengacukan pistol pada anggota keluarga dan mengancam nyawa mereka dan memukul anak remajanya di muka.
“Ini adalah pelanggaran hak asasi manusia yang hanya boleh dilihat dalam filem mafia Amerika Syarikat,” katanya.
Kenyataan keras itu dibuat selepas Wisma Putra mendedahkan mereka memanggil Kang Chol menjelaskan kenyataannya yang kelihatan menggambarkan Malaysia menyembunyikan sesuatu.
Sidang akhbar itu berlangsung kira-kira 15 minit.
Sehingga berita ini ditulis, pihak polis telah menahan seorang wanita rakyat Vietnam, seorang wanita warga Indonesia, seorang suspek Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara berhubung dengan pembunuhan itu.
Polis masih mencari empat lagi suspek Korea Utara yang dipercayai telah melarikan diri ke negara asal mereka.
Polis juga meminta waris atau keluarga Kim Jong-nam untuk tampil dan mengenal pasti tubuhnya selewat-lewat sebelum 27 Februari ini.
Kang juga menyelar keputusan Malaysia yang mahu ahli keluarga mangsa menyerahkan sampel DNA sebelum menyerahkan jasad itu.
"Ini adalah tidak munasabah. Biasanya ujian DNA untuk mengenal pasti pengenalan waris jika mayat telah reput, dibakar atau bertukar menjadi rangka.
"Selagi kewarganegaraan adalah jelas, identitinya disahkan oleh pejabat kedutaan yang bertanggungjawab, lebih-lebih lagi dia adalah pemegang pasport diplomatik, permintaan itu boleh dianggap sebagai plot politik di sebalik kejadian itu," katanya.
Undang-undang Malaysia tidak boleh mengatasi undang-undang antarabangsa, katanya.
Malaysiakini.


Demikianlah Artikel [Video] Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang? Duta: Polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek

Sekianlah artikel [Video] Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang? Duta: Polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video] Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang? Duta: Polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/video-hubungan-diplomatik-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates: